Rupanya Berita Ini Bukan Fitnah.. Najib Sahkan
KUALA LIPIS 28 Dis. – Semua menteri Kabinet yang sedang berada di luar
negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu
mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, arahan itu dikeluarkan pagi
tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk
kembali.
“Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat pusat
pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku,
dekat sini hari ini.
Terdahulu, Najib melakukan lawatan sehari ke beberapa kawasan dilanda banjir di Pahang telah melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Clifford.
Dalam pada itu, Najib berkata, situasi banjir yang semakin reda dan
pusat-pusat pemindahan di Kedah yang telah ditutup membolehkan aset
serta pasukan keselamatan yang bertugas di negeri itu ditugaskan di
negeri-negeri yang masih dilanda banjir.
Beliau berkata perkara itu patut dilakukan segera bagi membolehkan
anggota tentera, polis dan pasukan keselamatan lain dapat dikerah
membantu operasi di negeri-negeri lain yang masih berhadapan dengan
bencana alam luar jangkaan itu.
Berhubung lawatannya ke pusat pemindahan, Perdana Menteri berkata, beliau amat berpuas hati kerana pusat-pusat pemindahan diuruskan dengan begitu baik.
“Keadaan pusat pemindahan yang saya lawati dilihat diurus dengan baik,
maknanya bantuan makanan dan bantuan lain dapat diberikan dengan agak
baik dan saya ucapkan terima kasih pada semua pihak yang membantu dan
memberi kerjasama,” katanya. ~utusan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.