Followers

Tuesday, December 30, 2014

'Maaf MPM, kami hanya mahu Najib'

 
Kumpulan '25 Melayu ternama' menegaskan, mereka hanya mahu bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan gesaan ke arah kesederhanaan yang diajukan.

Menolak hasrat Majlis Perundingan Melayu (MPM), yang mendakwa diwakilkan Jabatan Perdana Menteri, kumpulan itu berkata tidak pernah mendengar mengenai NGO itu.

"Kami hanya mahu bertemu dengan PM dan bukan orang lain,” kata bekas diplomat Tan Sri Kamil Jaafar (kanan) dan Datuk Noor Farida Ariffin kepada Malaysiakini.

Mereka malah bertanya kembali berhubung identiti NGO itu.

“Saya tidak pernah dengar mengenai Majlis Perundingan Melayu dan ahlinya, mereka itu siapa?” tanya Noor Farida.

Kumpulan itu juga sebelum ini pernah berkata tidak berminat bertemu dengan mana-mana pihak sebelum mendapat reaksi Najib, yang belum memberi maklum balasnya secara terbuka.

Setiausaha Agung MPM Datuk Dr Hasan Mad semalam berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan tertutup dengan 25 orang Melayu ternama itu pada tarikh yang belum ditetapkan.

Beliau berkata, Pejabat Perdana Menteri sendiri yang meminta mereka mewakilinya.

Kumpulan 25 tokoh Melayu itu sebelum ini tampil menyeru ke arah kesederhanaan dan meminta perbincangan terbuka berkaitan undang-undang Islam diadakan.

Mereka turut menggesa perdana menteri menunjukkan kepimpinan terhadap suara-suara yang tidak bertoleransi dalam negara.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.