Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku malam tadi di Batu 4 Slim River Perak.
Ekoran daripada kejadian itu, jalan Kuala Slim ke Felda Besout serta
kawasan di sempadan negeri Selangor, ditutup kepada kenderaan berat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River,
Md Zain Mohd Saedin berkata pihaknya serta beberapa agensi lain masih
melakukan pemantauan di lokasi sejak malam semalam. Menurut beliau,
kawasan yang terjejas adalah sepanjang 34 meter, selebar 8 meter dan
tanah menggelungsur ke bawah sedalam 45 meter.
Menurut Md Zain, punca kejadian
masih disisasat namum beliau tidak menolak kemungkinan salah satu faktor
yang menyebabkan berlakunya tanah runtuh adalah disebabkan hujan lebat
semalam.
Selain itu beliau memberitahu,
pada pagi ini tiada pergerakan tanah berlaku, bagaimanapun situasi
tersebut masih dalam keadaan bahaya.
Sehubungan itu beliau
memberitahu, jalan tersebut akan dibuka selepas pihak Jabatan Kerja Raya
membaiki laluan tersebut dan memastikan ia selamat untuk digunakan
kepada semua kenderaan.
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.