KEJADIAN
bencana banjir besar kali ini merupakan antara yang paling buruk dalam
sejarah Malaysia dan telah memberi kesan kepada lebih 220,000 orang di 5
buah negeri dan mengakibatkan kerosakan kepada terlalu banyak harta
benda awam dan peribadi.
Pada masa yang sama, begitu ramai rakyat
Malaysia - tanpa mengenal usia, jantina, kaum, mahupun beda politik -
telah tampil menghulurkan bantuan dalam bentuk dana, barangan keperluan,
dan tenaga.
Saya
telah berhubung dengan Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Mohamed Azmin
Ali dan meminta beliau memberikan bantuan sebanyak yang mampu.
Saya juga
telah mengarah seluruh jentera parti di semua negeri agar turut
membantu dalam usaha pengagihan barangan keperluan serta kerja-kerja
pembersihan di kawasan-kawasan di mana air bah telah surut.
Saya
menggesa agar semua pihak bertindak sebagai satu pasukan, dan menyokong
langkah Kerajaan Persekutuan dalam usaha menangani bencana ini, serta
menggesa agar diluluskan peruntukan segera untuk makanan dan
ubat-ubatan, terutama untuk kawasan-kawasan kritikal.
Saya
juga mengusulkan supaya Kerajaan Pusat menyediakan satu rancangan yang
menyeluruh untuk memperbaiki atau membangunkan semula rumah-rumah yang
telah musnah akibat banjir besar ini.
Saya,
Azizah dan seluruh keluarga KEADILAN terus memanjangkan doa kepada
Allah SWT agar bencana ini akan reda, dan diringankan beban yang dialami
semua yang terkesan.
ANWAR IBRAHIM
29 Disember 2014
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/12/bencana-banjir-kita-perlu-bergerak.html#ixzz3NJqeU8I3
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.