Followers

Tuesday, December 30, 2014

Bayaran BR1M dipercepat mulai 15 Jan

 
 
Berikutan bencana banjir, kerajaan akan mempercepatkan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mulai 15 Januari 2015, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
 
Ahmad Husni dalam satu kenyataan berkata pembayaran akan dibuat secara berperingkat dengan keutamaan diberi kepada penerima dari negeri-negeri yang dilanda banjir.
 
"Kerajaan prihatin dan mengambil berat tentang kesulitan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir, khususnya kepada penerima BR1M. 
 
"Oleh yang demikian, kerajaan bersetuju pembayaran BR1M yang dijadualkan pada akhir Januari 2015 akan dipercepatkan mulai 15 Januari 2015," katanya.
 
Ahmad Husni berkata permohonan dan proses kemas kini BR1M juga dilanjutkan sehingga 31 Januari 2015.
 
Proses kemas kini boleh dibuat melalui Portal Rasmi BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my atau di mana-mana cawangan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.
 
Dalam pada itu, Ahmad Husni berkata bagi penerima BR1M yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2014, waris mereka boleh membuat tuntutan Takaful i-BR1M sehingga 31 Mac 2015.
 
Katanya, tuntutan Takaful i-BR1M boleh dibuat dengan mendapatkan borang di laman web www.malaysiantakaful.com.my atau menghubungi hotline i-BR1M di talian 03-27162716 atau e-mel i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my.
 
- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.