Followers

Monday, December 29, 2014

16 waris terdekat penumpang QZ8501 berlepas ke Surabaya

Ahli keluarga penumpang QZ8501 di Lapangan Terbang Changi, Singapura. Sebanyak 16 waris berlepas ke Surabaya.

Sekurang-kurangnya 16 waris terdekat dan anggota keluarga penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang hari ini, berlepas ke Surabaya.

Jurucakap Kumpulan Lapangan Terbang Changi berkata setakat ini, tiada anggota keluarga penumpang pesawat berkenaan berada di Kawasan Menunggu Untuk Sanak Saudara (RHA) di lapangan terbang itu.

"Sebahagian mereka memilih berlepas ke Surabaya manakala yang lain menyewa bilik penginapan untuk bermalam," katanya kepada pemberita di luar RHA di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi.

Sebelum ini, 47 saudara-mara dan kenalan 57 penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 mendaftar di RHA.

Mereka diberi bantuan dan sokongan moral di RHA.

Pesawat berkenaan yang membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal, dijadual tiba di sini pada 8.30 pagi namun terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada 7.24 pagi. – Bernama, 28 Disember, 2014.

www.themalaysianinsider.com/Ahli keluarga penumpang QZ8501 di Lapangan Terbang Changi, Singapura. Sebanyak 16 waris berlepas ke Surabaya.

Ahli keluarga penumpang QZ8501 di Lapangan Terbang Changi, Singapura. Sebanyak 16 waris berlepas ke Surabaya.

Sekurang-kurangnya 16 waris terdekat dan anggota keluarga penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang hari ini, berlepas ke Surabaya.

Jurucakap Kumpulan Lapangan Terbang Changi berkata setakat ini, tiada anggota keluarga penumpang pesawat berkenaan berada di Kawasan Menunggu Untuk Sanak Saudara (RHA) di lapangan terbang itu.

"Sebahagian mereka memilih berlepas ke Surabaya manakala yang lain menyewa bilik penginapan untuk bermalam," katanya kepada pemberita di luar RHA di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi.

Sebelum ini, 47 saudara-mara dan kenalan 57 penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 mendaftar di RHA.

Mereka diberi bantuan dan sokongan moral di RHA.

Pesawat berkenaan yang membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal, dijadual tiba di sini pada 8.30 pagi namun terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada 7.24 pagi. – 

Bernama, 28 Disember, 2014.

www.themalaysianinsider.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.