Followers

Sunday, November 30, 2014

DAP dahului daftar pemilih berbanding BN, kata Shafie Apdal - The Malaysian Insider



Barisan Nasional (BN) perlu melahirkan kebimbangan ekoran jumlah daftar pemilih baru yang dikumpul DAP berbanding jumlah yang diperoleh parti komponen berkenaan, kata Datuk Seri Shafie Apdal.

Naib presiden Umno itu berkata, DAP mencatatkan jumlah daftar pemilih tinggi jauh lebih tinggi berbanding Umno namun apa yang lebih menyedihkan parti komponen BN mencatatkan jumlah yang lebih rendah daripada itu.

“Dalam pengkalan data SPR dari Jun 2013 hingga September 2014, bimbang saya, Umno 5,939 (pemilih baru), DAP 9,309.

“Parti komponen cukup membimbangkan. MCA 2,56, MIC 266 dan Gerakan 373,” katanya semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan Majlis Peguam tidak mempunyai kuasa mutlak untuk membicarakan mengenai Perlembagaan negara.

Naib presiden Umno itu berkata, kewujudan sebuah unit perundangan baru,  Bona Fide Friends of Umno  dalam parti itu akan menafikan suara perundangan yang selama ini didominasi Majlis Peguam.

"Undang-undang bukan hak mutlak Bar Council. Soal perundangan adalah hak seluruh rakyat Malaysia.

"Undang-undang perlu dilaksanakan dengan adil dan saksama," katanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.