Followers

Monday, October 6, 2014

Siapa Saari mohon maaf untuk PAS, tanya Dewan Ulama

Siapa Saari mohon maaf untuk PAS, tanya Dewan Ulama 

Dewan Ulama PAS mempertikaikan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib yang memohon maaf bagi pihak parti Islam itu berhubung isu kemelut menteri besar Selangor.
Naib ketuanya Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata Saari bukanlah orang yang layak mengemukakan permohonan maaf kerana beliau tidak mempunyai jawatan tertinggi dalam PAS.
“Siapa Saari mahu memohon maaf bagi pihak PAS? Adakah dia sebahagian dari kepimpinan parti? Tidak.
"Dia tidak patut berbuat demikian. Tidak mengapa jika dia dalam liga sama yang terdiri daripada pemimpin atasan parti," katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times.
Saari dalam satu majlis makan malam anjuran DAP pada Sabtu meminta orang ramai memaafkan PAS meskipun partinya menganggap dirinya sebagai pembelot dan kini sedang dalam proses untuk pemecatan. Dewan Ulama PAS mempertikaikan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib yang memohon maaf bagi pihak parti Islam itu berhubung isu kemelut menteri besar Selangor.

Naib ketuanya Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata Saari bukanlah orang yang layak mengemukakan permohonan maaf kerana beliau tidak mempunyai jawatan tertinggi dalam PAS.


“Siapa Saari mahu memohon maaf bagi pihak PAS? Adakah dia sebahagian dari kepimpinan parti? Tidak.


"Dia tidak patut berbuat demikian. Tidak mengapa jika dia dalam liga sama yang terdiri daripada pemimpin atasan parti," katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times.


Saari dalam satu majlis makan malam anjuran DAP pada Sabtu meminta orang ramai memaafkan PAS meskipun partinya menganggap dirinya sebagai pembelot dan kini sedang dalam proses untuk pemecatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.