Followers

Friday, October 3, 2014

Salam 20 Sen Dari PM Najib !!

Manusia Paling Bijak Dalam Malaysia Menyindir Najib.

 

Isu kenaikan harga minyak menjadi fenomena didalam negara semenjak tengahmalam kelmarin. Langkah kerajaan yang tampak tergesa gesa dan terdesak untuk meragut 0.20 sen seliter subsidi minyak meninggalkan kesan yang begitu sensitif di hati rakyat.

Dari rakyat biasa hinggalah kepada ustaz seperti ustaz kazim yang pernah cuba disogok oleh Najib untuk dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi umno juga menyampaikan rasa ketidakpuasan hati terhadap keputusan kerajaan yang tiba tiba membuat keputusan yang begitu drastik.

Malah mantan Perdana Menteri yang juga merangkap guru politik kepada najib iaitu Dr Mahathir Mohamad juga menyindir nyindir akan keputusan kerjaan tersebut sambil dengan nada sinis mengatakan kenaikan harga minyak adalah wajar kerana berlakunya kecurian minyak setiap hari.

Najib dilihat sedang menyembunyikan masalah kewangan negara apabila sebelum ini menyebarkan bahawa negara berada dalam kedudukan yang amat baik dalam ekonomi dengan kenaikan 6.4% malah pendapatan purata rakyat juga di kira sebanyak RM5900 sebulan yang membuktikan rakyat malaysia sudah selayaknya tidak dibantu dengan subsidi lagi.

Apabila penarikan 20sen subsidi ini dibuat Najib secara tidak sengaja telah memberitahu kepada rakyat bahawa negara didalam keadaan darurat ekonomi kerana tabung negara telah kosong dan rakyat tidak lagi boleh menikmati bantuan subaidi.

Pengakuan secara tidak langsung ini membuatkan rakyat semakin keliru dan mula tertanya tanya kemanakah pergi pendapatan negara yang banyak itu? Tidakkah najib sendiri yang akui bahawa ekonomi negara dalam kedudukan yang baik. Sekiranya ekonomi baik kenapa najib begitu kedekut untuk memberi subsidi kepada rakyat?

Rakyat mula merasa curiga dan kurang keyakinan kepada cara najib menangani ekonomi negara. 

Malah Dr Mahathir juga dilihat sudah bosan dengan kerenah anak didiknya yang dilihat terlalu banyak membazirkan wang negara dengan membayar kepada para konsultan hanya semata mata untuk memikirkan perkara yang mudah walhal perkara tersebut mampu difikirkan oleh najib sendiri.

Sebagai seorang yang bermaruah ada juga baiknya Najib meletak jawatan sebelum hidup rakyat lebih teruk menderita lagi.


Pj Blogspot.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.