Followers

Sunday, October 5, 2014

Perutusan Dato' MB Selangor sempena Eidul Adha

ENAM puluh tahun yang lalu seorang pejuang Afro-Amerika yang baru memeluk agama Islam menunaikan fardhu haji. Dari Mekah beliau menulis surat ke Amerika menyatakan pengalaman menunaikan ibadah haji: 
 
"Di sini terdapat puluhan ribu manusia menunaikan haji. Mereka datang dari seluruh pelusuk dunia. Kulit mereka dari semua warna, dari yang bermata biru dan berambut perang kepada orang Afrika yang berkulit hitam. 

Tetapi mereka semuanya melakukan ibadat yang sama, menzahirkan semangat perpaduan dan persaudaraan di mana pengalaman saya di Amerika menyebabkan saya berpendirian tidak boleh berlaku antara manusia kulit putih dan bukan kulit putih. 

Belum pernah saya melihat persaudaraan yang jujur dan sebenar yang diamalkan bersama oleh manusia dari semua warna."
 
Surat ini ditulis oleh Haji Abdul Malik al - Shabaz atau lebih dikenali dengan nama Malcolm X. Inilah semangat yang perlu kita ambil sempena Eidul Adha ini. 

Malcolm X berjuang dan berkorban dengan nyawanya untuk mendapat hak persamaan masyarakat kulit hitam di Amerika. 

Beliau mati ditembak dan menjadi korban kepada perjuangan suci tersebut.
 
Umat Islam di Negeri Selangor perlu menjadikan pengalaman Malcolm X sebagai iktibar untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran yang subur hari ini. 

Demokrasi menyeluruh, kemerdekaan dan kebebasan hak asasi manusia serta toleransi dalam masyarakat majmuk tidak mungkin diperolehi tanpa pengorbanan.
 
Justeru ibadah korban juga menuntut kita untuk memahami makna yang lebih meluas tentang pengorbanan termasuk pengorbanan masa dan tenaga akliah untuk merangka dan melaksanakan dasar - dasar Kerajaan Negeri secara efektif dan efisien. 

Harapan kita, pengorbanan ini membuka ruang seluasnya untuk kita merealisasikan Negeri Selangor sebagai Negeri Pembangunan. InsyaAllah, kita boleh mencapai pembangunan untuk semua.
 
Berkorban setiap detik.
 
Salam Eidul Adha.
 
MOHAMED AZMIN ALI ENAM puluh tahun yang lalu seorang pejuang Afro-Amerika yang baru memeluk agama Islam menunaikan fardhu haji. Dari Mekah beliau menulis surat ke Amerika menyatakan pengalaman menunaikan ibadah haji: 
 
"Di sini terdapat puluhan ribu manusia menunaikan haji. Mereka datang dari seluruh pelusuk dunia. Kulit mereka dari semua warna, dari yang bermata biru dan berambut perang kepada orang Afrika yang berkulit hitam. 

Tetapi mereka semuanya melakukan ibadat yang sama, menzahirkan semangat perpaduan dan persaudaraan di mana pengalaman saya di Amerika menyebabkan saya berpendirian tidak boleh berlaku antara manusia kulit putih dan bukan kulit putih. 

Belum pernah saya melihat persaudaraan yang jujur dan sebenar yang diamalkan bersama oleh manusia dari semua warna."

Surat ini ditulis oleh Haji Abdul Malik al - Shabaz atau lebih dikenali dengan nama Malcolm X. Inilah semangat yang perlu kita ambil sempena Eidul Adha ini. 

Malcolm X berjuang dan berkorban dengan nyawanya untuk mendapat hak persamaan masyarakat kulit hitam di Amerika. 

Beliau mati ditembak dan menjadi korban kepada perjuangan suci tersebut.

Umat Islam di Negeri Selangor perlu menjadikan pengalaman Malcolm X sebagai iktibar untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran yang subur hari ini. 

Demokrasi menyeluruh, kemerdekaan dan kebebasan hak asasi manusia serta toleransi dalam masyarakat majmuk tidak mungkin diperolehi tanpa pengorbanan.

Justeru ibadah korban juga menuntut kita untuk memahami makna yang lebih meluas tentang pengorbanan termasuk pengorbanan masa dan tenaga akliah untuk merangka dan melaksanakan dasar - dasar Kerajaan Negeri secara efektif dan efisien. 

Harapan kita, pengorbanan ini membuka ruang seluasnya untuk kita merealisasikan Negeri Selangor sebagai Negeri Pembangunan. InsyaAllah, kita boleh mencapai pembangunan untuk semua.
Berkorban setiap detik.

Salam Eidul Adha.
MOHAMED AZMIN ALI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.