Datuk Seri Anwar Ibrahim berborak dan memberi reaksi muka yang ceria kepada barisan peguam belanya ketika menunggu keretanya untuk pulang sejurus tamatnya hari pembelaan kes liwatnya di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini.
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada sebarang koyakkan atau luka pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, 29, yang didakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam bela, Ram Karpal Singh dalam hujahannya semalam berkata, semasa keterangan Mohd Saiful mendakwa dia telah diliwat lima minit namun memberitahu pegawai penyiasat serta doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) insiden itu berlaku selama 30 minit.
"Bagaimana tiada sebarang luka pada rektumnya sedangkan dia mendakwa telah diliwat secara rakus dan laju pada masa itu?" soalnya.
Menurutnya keterangan Mohd Saiful telah menimbulkan keraguan jelas.
Beliau berkata, Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam laporannya juga mendapati dubur Mohd Saiful berada dalam keadaan normal.
- SinarHarian
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.