[Al Husseyn] Ikuti pendedahan eksklusif Izham Hashim, ahli Badan
Perhubungan PAS Selangor, bahawa ada pemimpin tertentu parti itu tidak
mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor
kerana berkepentingan peribadi.
Tanpa menamakan pemimpin kanan PAS itu, katanya, individu berkenaan ada ikatan emosi dengan Khalid.
Ikuti trankrip berikut yang di muat naik melalui v-deo di bawah nanti :
0:01 ~ Sepatutnya kita rakan dalam Pakatan Rakyat, kita bantu dia untuk
menyelesaikan masalah, itulah kawan!Semangat setia kawan.
Adakah Islam ajar kita, untuk jadi parti Islam atau pejuang Islam ni,
istilah wala' sahaja...wala' sahaja, feqah...apa lagi ustaz? ...Taat,
yang tu saja Islam? Setiakawan bukan Islam ker?
0:23 ~ Tak bohong bukan Islam ker? Cakap bahasa elok-elok bukan Islam
ker? Islam kalau nak perjuangkan Islam, semua benda kena ikut yang Islam
ler...baru boleh klem kita berjuang Islam.
0:36 ~ Rakan kita sedang ada masalah, ini masa dia ada masalah, kita
kena tolong dia...nanti kita suatu hari ada masalah, dia tolong kita
pula!Itulah semangat setiakawan! Jadi bila isu timbul dah masalah, patut
yang pertamanya ialah, kita jumpa mesyuarat Pakatan Rakyat, ini
mesyuarat tak pergi....mesyuarat tak nak pergi....tak nak pergi....tak
taulah... Mesyuarat Pakatan Rakyat tak mau pergi lepas tu buat keputusan
sendiri.
1:02 ~ Dia; pergilah mesyuarat, itulah gunanya mesyuarat - syura
bainahum, syuralah kamu. Nanti kita bincang-bincang,,tapi tak pergi,
bincang macam mana? Bincanglah dalam mesyuarat elok-elok ... bincang apa
masalah nak tukar Khalid...OK, kalau kita setuju, siapa calunnya...tak
berlaku benda tu!Kalau berlaku benda tu, bulan tiga dah selesai dah!Tak
akan timbul isu kemelut nih! Mungkin ada hikmahnya ustaz, benda ni
berlaku; nak tunjukkan kita ni ada masalah... PAS ni sebenarnya yang
masalah nih!
1:36 ~ Dia kata "Oh, PKR ni buat taik, kita yang masala!" Kalau PKR buat
taik kau, engkau tau taik, kau pergi main buat apa? Sekarang terpalit
semua orang!9 Betul tak? Tak payahlah main kalau tau tu taik!
1:49 ~ Tapi saya rasa PKR bukan main taik, dia memang ada masalah
betul.Kita tolong selesaikan isu Menteri Besar. kalau dah selesai tak
timbul! Ni pergi sekejap, kita pun Selangor dah bagi pandangan, bagi
pandangan dah dua kali jumpa lagi bagi tau kita tak nak.
2:06 ~ Tapi ada dikalangan PAS dalam Selangor ni, yang cara diam-diam
pi jumpa pimpinan pi lobbi, kita nak Khalid Ibrahim; saya tahu siapa
dia... pergi lobi, kita buang mai, orang pejabat agong mai bagi tau,
lobi kita nak juga!melanggari keputusan kita.Dia nak kekal juga Khalid
Ibrahim. Kalau saya tak jadi Khalid Ibrahim, Kalau Khalid Ibrahim dah
tak jadi lagi Menteri Besar, saya ganti, saya jaga adat-adat Melayu saja
nanti...Tak dapat exco lain.Nampak kepentingan diri!
2:37 ~ Saya cakap terus terang. Ini, saya cakap fakta.Cuma saya tak nak sebut nama ...fakta benda ini berlaku.
2:44 ~ Kau pergi, nak kekalkan Khalid Ibrahim juga pasal apa nak kekalkan Khalid Ibrahim, saya tanya...
Sebab utama dia ialah kerana PAS mempunyai Kenapa nak kekalkan Khalid
Ibrahim? Sebab utama ialah kerana PAS mempunyai kawalan yang kuat kepada
GLC Selangor melalui Raja Idris.
3:09 ~ Dikalangan pegawai-pegawai kerajaan dikatakan, Raja Idris ini
disebut sebagai Timbalan Menteri Besar sebenarnya di Selangor.Ini cara
tidak resmi disebut kerana apa? Dia menjadi orang yang sangat dipercayai
oleh Khalid Ibrahim dan Raja Idris ini adalah orang kepercayaan, rapat
dengan Tuan Guru Presiden PAS!
3:30 ~ Jadi dia berkeyakinan, melalui Raja Idris ini, banyak
agenda-agenda yang ... mungkin agenda yang baik, saya tidak nafikan itu,
tapi atas ikatan emosi. Ikatan begini menyebabkan Khalid Ibrahim perlu
dikekalkan kerana kalau naik orang lain, Raja idris tidak akan mendapat
tempat yang sewajarnya kepada Menteri Besar yang baru, itu saja saya
sebutkan.
3:55 ~ Dia bukan sahaja CEO Perangsang, dia juga adalah board of director kepada KDEB dan juga executif konsaltan kepada MBI.
DCM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.