DAP Perak membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang
menyifatkan suntikan dana RM6 bilion oleh Khazanah ke dalam Sistem
Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai satu bentuk pelaburan.
"Tiada rakyat Malaysia yang percaya apabila Najib menyifatkan suntikan
RM6 bilion itu sebagai satu pelaburan dan bukan langkah
menyelamat."Kenapa seorang pelabur yang waras mahu melabur dalam
syarikat yang sudah kerugian RM4.3 bilion dalam masa tiga tahun lalu,"
kata ketua biro pembangunan ekonomi DAP, Ching Zhemin dalam
kenyataannya.
Menurut Chong, jelas bahawa kerajaan cuba menyelamatkan MAS dan tidak
membenarkannya untuk memfailkan kebankrapan seperti yang biasa dilakukan
syarikat lain dalam situasi sama.
Beliau turut mengkritik cadangan MAS untuk memudahkan perpindahan kakitangan dan menyemak semula kontrak kakitangannya.
Menurut Chong, tindakan seperti itu, termasuk perlindungan dari segi
legislatif ke tas MAS hanya boleh dibuat sekiranya syarikat tersebut
memfailkan notis kebankrapan di bawah Seksyen 176 Akta Syarikat 1965.
Menurut Chong, MAS masih boleh beroperasi di bawah pengurusan syarikat
baru menggunakan nama yang sama sekiranya Suruhanjaya Syarikat Malaysia
membenarkannya berbuat demikian. ~mk
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.