Penceramah
selebriti terkenal, Ustaz Kazim Elias menasihati artis-artis berhijrah
iaitu mereka yang berhijab agar tidak sekadar tampil dengan pertukaran
imej semata-mata tetapi hendaklah mendalami ilmu agama Islam secukupnya.
Ustaz Kazim atau nama sebenarnya Mohammad Kazim Elias, 42, berkata, perkara itu sebenarnya satu petanda yang baik kerana golongan berkenaan adalah ikon kepada peminat.
"Alhamdulillah… bagus ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikkan kerana ia dapat mempengaruhi peminat mereka untuk melakukan perkara sama tetapi biarlah ia disertai dengan ilmu agama yang cukup.
"Jangan hari ini beritahu sudah berubah lalu mengenakan tudung dan terus hendak menjadi seorang ustaz atau ustazah kerana banyak perkara yang perlu didalami mereka terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online.
Ustaz Kazim ditemui pada sidang media program Kembara U.K.E yang diadakan di Berjaya Times Square di sini pada Rabu.
Tambah Ustaz Kazim, jika golongan berkenaan tidak mempunyai ilmu yang cukup, ia dibimbangi akan meninggalkan kesan sekiranya sesuatu kenyataan yang dibuat akan memakan diri sendiri.
Jelasnya lagi, artis yang berhijrah sepatutnya mempelajari ilmu agama Islam daripada guru bertauliah agar perubahan yang dilakukan menjadi lebih sempurna selain kerana Allah.
"Jika asas dalam bidang agama tidak cukup bagaimana hendak berceramah kepada orang lain malah ia boleh menjadi risiko besar.
"Tambahan pula dengan teknologi hari ini apa yang kita perkatakan dalam masa lima minit, ia akan tersebar di laman sosial dan YouTube. Jadi golongan ini harus berhati-hati dan belajar terlebih dahulu," katanya.

Bagaimanapun
Ustaz Kazim meminta agar masyarakat tidak mudah menjatuhkan hukuman dan
mencari keburukan golongan tersebut.
mstar.com.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.