Rakyat Malaysia yang berjuang di Syria, Mohd Lotfi Ariffin bertekad untuk tidak lagi kembali ke Malaysia dan itu antara pesanan yang sempat disampaikan sebelum beliau berlepas ke negara bergolak itu, kata Mohd Zainon Ariffin.
Zainon yang juga abang sulung Lotfi berkata, perkara itu disampaikannya
seminggu sebelum bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS pusat itu pergi
meninggalkan tanah air.“Dia pergi tanpa pengetahuan sesiapa. Jika
dilabel bekas pejuang Mujahidin di Afghanistan, itu saya boleh terima.
Tetapi tuduhan itu berniat untuk jejaskan nama baik dia.“Saya antara
orang terawal yang tahu, itu pun seminggu sebelum dia berangkat.
Walaupun tidak diberitahu secara jelas, naluri saya merasakan dia akan
pergi senyap-senyap.“
Tidak sangka 31 Januari lalu, jam 12.30 tengahari, dia datang berjumpa
buat kali terakhir,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.Lotfi dalam
satu kiriman Facebook pada Khamis mendakwa sudah meletakkan semua
jawatannya dalam PAS sejak 19 April sebelum dipecat oleh parti itu.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengumumkan Lotfi dipecat
daripada PAS pada 11 Mei lalu.Katanya, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat
membuat keputusan memecat Lotfi daripada parti selepas mendapat tahu
dan kemudiannya mengesahkan beliau ke Syria bagi menyertai perjuangan
bersenjata di sana.
Zainon, 53, berkata Lotfi membuat kajian yang mendalam selama tiga tahun
sebelum berangkat ke Syria dan tidak pernah berkempen mengajak saudara
atau sahabat menyertai perjuangannya.
Katanya, pemecatan daripada PAS tidak menjadi isu kerana kepentingan
Lotfi kini adalah perjuangannya di Syria.“Sebenarnya Lotfi tidak lagi
pentingkan soal keahlian dalam parti kerana fokusnya kini adalah
berjihad.
Dia tidak akan kembali ke Malaysia.“Yang penting PAS tetap berdiri teguh
dan dirinya selamat di Syria,” katanya kepada Sinar Harian yang kesal
dengan pihak tertentu sering mengeksploitasi perjuangan adiknya di
negara bergolak itu. ~tmi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.