Published: 2 July 2014
Dua lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki dihempap sebatang pokok di Jalan Segambut Dalam, Mont Kiara di Kuala Lumpur hari ini.
Pegawai Bomba dari Balai Bomba Sri Hartamas K. Muggunthan berkata kejadian berlaku 6.30 petang tadi ketika hujan lebat.
Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Radzuan Mohamed, 34, dan Mohd Khairi Abdul Rahim, 30-an, maut di tempat kejadian, katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya kedua-dua mangsa tercampak ke dalam longkang sedalam semeter dan dibawa arus deras sejauh 50 meter dari tempat kejadian.
"Mayat mereka ditemui tersangkut pada timbunan kayu dan sampah-sarap di dalam longkang berkenaan," katanya.
Kedua-duanya mengalami kecederaan parah pada kepala dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, katanya.
Sementara itu Ketua Polis Sentul ACP R. Munusamy mengesahkan menerima laporan kejadian. – Bernama, 1 Julai, 2014.
http://www.themalaysianinsider.com.
Dua maut dihempap pokok tumbang di Jalan Segambut Dalam
Pegawai Bomba dari Balai Bomba Sri Hartamas K. Muggunthan berkata kejadian berlaku 6.30 petang tadi ketika hujan lebat.
Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Radzuan Mohamed, 34, dan Mohd Khairi Abdul Rahim, 30-an, maut di tempat kejadian, katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya kedua-dua mangsa tercampak ke dalam longkang sedalam semeter dan dibawa arus deras sejauh 50 meter dari tempat kejadian. "Mayat mereka ditemui tersangkut pada timbunan kayu dan sampah-sarap di dalam longkang berkenaan," katanya.
Kedua-duanya mengalami kecederaan parah pada kepala dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, katanya.
Sementara itu Ketua Polis Sentul ACP R. Munusamy mengesahkan menerima laporan kejadian. – Bernama, 1 Julai, 2014.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.