Pada ketika umat Islam seluruh dunia sedang sakit hati dengan Zionis
Israel, sebuah kelompok manusia yang merampas dan melakukan kekejaman
serta penindasan ke atas masyarakat yang serba-serbi kekurangan...
ASTRO yang dimiliki oleh
Ananda Krishnan dan merupakan pemonopoli siaran televisyen kabel yang
mengenakan bayaran sesuka hati, mengambil sikap MENENTANG KERAJAAN
MALAYSIA, umat Islam di negara ini dan perjuangan rakyat Palestin.
ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan
untuk menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus
membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut.
Selama ini, tiada sesiapa pun hatta Menteri Penerangan pun yang dapat menegur ASTRO.
ASTRO tidak pernah terikat atau patuh kepada sesiapa pun, termasuklah
kepada SKMM yang semakin nyenyak tidur dan hidup bergelumang dengan
timbunan wang yang merupakan UFTI syarikat-syarikat telekomunikasi
kepada SKMM.
Selama ni, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan.
ASTRO kemudiannya menaikkan yuran dan pelanggan perlu membayar harga
lebih kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah
dipertingkatkan.
Bagaimanapun, perkhidmatan ASTRO tetap di takuk lama. Program-program
yang disiarkan adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar
berpuluh-puluh kali. Yang dipertingkatkan hanyalah bayaran bil oleh
pelanggan.
Sekarang, pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.
Pengesahan Amdocs adalah Syarikat milik Israel sila lihat di SINI.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.