JIKA AUSTRALIA JUMPA BANGKAI PESAWAT MH370 DI HUJUNG LAUTAN HINDI SELATAN, MAKA TERBUKTI TEORI KONSPIRASI ADALAH BENAR
Kalau Yong tak komen apa-apa mengenai perkembangan terbaharu yang dibuat
oleh kerajaan Australia ni, Yong rasa amat bersalah. Bersalah kerana
menentang suara hati nurani.
Dulu Australia kata begini:
THE GUARDIAN |
Apa katanya?
Dalam bahasa Inggeris yang berbelit-belit:
Yong terjemahkan:
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata analisis itu
berdasarkan perhubungan akhir radar pesawat di antara Laut China
Selatan dan Selat Melaka, dan mencadangkan pesawat akan membakar bahan
api yang lebih pada peringkat awal penerbangannya.
Oleh itu ia tidak
akan sampai jauh ke Lautan Hindi sebelum kehabisan bahan api dan
terhempas.
Lokasi sasaran baru bermakna pesawat (pencari) dapat menghabiskan masa
lebih lama di kawasan carian, dan dengan prospek cuaca lebih baik kerana
ia jauh dari keadaan yang terkenal buruk "roaring forties" di antara
garis lintang 40 dan 50 darjah selatan.
Sebelum itu pesawat (pencari)
telah menggunakan banyak bahan bakar dan masa hanya untuk pergi ke laut
dan balik.
Ini mengakibatkan kapasiti yang terhad untuk kekal "di tempat
kejadian," kata John Young, Pengurus Besar AMSA bahagian kecemasan.
Itu dia. Kenyataan Hishamuddin Hussein boleh baca di sini.
Yong percaya sudah tentu John Young ini bercakap sebagai seorang pakar.
Tetapi dua hari sudah ini pulak terjadi:
SCMP |
Australia kata MH370 terbang secara auto-pilot kerana semua sudah
pengsan. Kemudian ia kehabisan bahan api dan jatuh jauh di hujung Lautan
Hindi Selatan. Ini juga katanya dari pakar. Entah pakar mana tidak
disebut pulak.
Inmarsat pula mengaku ia silap:
PING PALSU? (THE RAKYAT) |
Inmarsat mengaku silap. Kenapa ia mengaku silap? John Young ada mengaku silap tak? Ada siapa dengar? Yong belum dengar.
Jika John Young tak silap dan Australia terjumpa serpihan pesawat MH370
di hujung Lautan Hindi Selatan, bermakna teori konspirasi itu benar.
Serpihan itu sengaja diletakkan di situ untuk ditemui.
Logik kah pesawat MH370 itu boleh terbang sehingga ke hujung dunia dengan minyak yang diisi mengikut "standard practice"?
Untuk sampai ke Diego Garcia pun ia perlu refueled. Ini pulak ke Antartica.
Lantak komer nak percaya Australia ni. Yong sependapat dengan Dr Mahathir. Skeptik.
Kerajaan Malaysia dah bayar bill Inmarsat atau belum?
Kerajaan Malaysia dah bayar bill Inmarsat atau belum?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.