Abdul Khalid Ibrahim.
PULAU INDAH:
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengecam dua pemimpin
DAP yang menyalahkan kerajaan negeri terhadap gangguan bekalan air yang
berlaku di beberapa daerah di negeri itu.
Tony Pua
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen
Petaling Jaya Utara dan Pengerusi DAP Negeri, Tony Pua dan bekas Exco
Kerajaan negeri, Ronnie Liu yang menuduh kerajaan negeri dan Khalid yang
sepatutnya bertanggungjawab dalam isu tersebut.
Rony Liu
Sebaliknya Khalid menegaskan kedua-dua pemimpin DAP itu perlu diajar mengenai industri air di Selangor.
Beliau turut
mengulangi kenyataan bahawa adalah tidak adil untuk menyalahkan kerajaan
negeri dalam isu tersebut, malah Khalid yang agak terkejut dengan
kenyataan dua pemimpin kanan DAP itu berkata mereka gagal memahami
sejarah penstrukturuan air yang telah dilaksanakan.
"Saya
terkejut kerana Liu sebelum ini pernah menjadi Exco kerajaan negeri
selama satu penggal, dia masih tidak faham mengenai pelaksanaan
penstrukturan air dan kerja yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri
dalam memastikan bekalan air sentiasa mencukupi untuk rakyat.
"Bagaimanapun,
saya yakin Unit Perancang Ekonomi (Upen) dan Lembaga Urus Air Selangor
(Luas) sangat gembira untuk mengajar Pua dan Liu mengenai apa yang telah
dilakukan oleh kerajaan negeri dan mengapa Syabas sering persalahkan
dalam isu ini," katanya selepas menyampaikan sumbangan sempena bulan
Ramadan di Masjid Sultan Abdul Aziz di sini.
Diminta
mengulas mengenai kenyataan Pua yang menyoal mengenai janji kerajaan
negeri untuk memastikan bekalan air mencukupi dalam tempoh lima bulan
akan datang, Khalid berkata beliau mengakui agak sukar untuk memastikan
tindakan ia tidak berlaku kerana Syabas tidak mahu bekerjasama dengan
syarikat konsesi air yang lain.
"Menurut
perkiraan kami, bekalan air di empangan dan sungai mencukupi.
Bagaimanapun sekiranya bekalan air di loji rawatan yang dimiliki Syabas
gagal berfungsi, adalah sangat sukar untuk memastikan bekalan air cukup
untuk menampung keperluan rakyat.
"Oleh
itu, adalah tidak wajar untuk menyalahkan kerajaan negeri. Jika
kerajaan negeri mengambilalih aset air (Syabas) mereka dalam tempoh enam
bulan anda boleh melihat pusingan catuan air. Namun mereka (pemimpin
DAP) menggunakan cara ini untuk menyalahkan kerajaan negeri dan diri
saya sendiri," kata Khalid.
Pua
dalam satu kenyataan pada pagi Sabtu, berkata gangguan bekalan air yang
berlaku selepas kerajaan negeri berjanji tidak akan berlakunya gangguan
bekalan menunjukkan kelemahan kerajaan negeri dalam mengatasi masalah
tersebut.
"Apabila
bekalan air terganggu beberapa hari selepas kerajaan negeri berjanji
tiada lagi gangguan bekalan akan berlaku, tidak ini menunjukkan kerajaan
Pakatan Rakyat dan semua Exco Kerajaan Negeri seperti orang bodoh?,"
katanya. - mStar
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.