Alor Setar: Seorang
penjawat awam dicekup berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri
orang di sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala, di sini, malam
kelmarin.
Mereka
dicekup berkhalwat kira-kira jam 12 tengah malam oleh sepasukan anggota
penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam Ops Bersih.
Lelaki
lingkungan 30-an yang mempunyai isteri dan seorang anak berusia empat
tahun itu berasal dari Pendang dan dipercayai baru bertukar kerja dari
Sabah ke negeri ini sejak sebulan lalu.
Difahamkan,
lelaki terbabit dipercayai baru mengenali wanita berusia 25 tahun itu
yang bekerja di sebuah salun rambut di bandar raya ini.
ANGGOTA penguat kuasa JAIK mengambil keterangan sebelum pasangan dibawa ke pejabat agama.
Penolong
Pengarah Bahagian Penguat Kuasa dan Undang-undang JAIK Syeikh Mohd
Roshidi Mahmud, berkata operasi itu disertai 25 anggota penguat kuasa
JAIK yang tertumpu di sekitar bandar raya ini dalam usaha membanteras
kegiatan maksiat di negeri ini.
Beliau
berkata, ketika membuat pemeriksaan di sebuah rumah tumpangan di Simpang
Kuala, di sini mendapati sebuah bilik berkunci dari dalam.
“Selepas
mengetuk pintu dan memberi salam hampir 10 minit, seorang wanita yang
berpakaian lengkap kemudian membuka dan membenarkan pemeriksaan dalam
bilik itu.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.