Followers

Sunday, June 29, 2014

DUA UGUTAN PEMUJA LYNAS, KAMI SANGGUP BELI


Bung Hatta diugut untuk disaman dan dipukul?
BARU-baru ini salah seorang aktivis yang juga mantan Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Kamarul Hatta @ Bung Hatta telah diugut oleh salah seorang pencacai yang begitu memuja kilang Lynas.  
 
Pencacai yang bernama Atan Beserah itu melalui FB nya mengajak rakan-rakan beliau untuk 'mengerjakan' Hatta secukup-cukupnya jika ketemu berikutan aktivis ini secara langsung berkempen kuat membantah Lynas serta turut terlibat di dalam Himpunan Anti Lynas di Gebeng pada petang Ahad yang lalu.

Sebelum itu, salah seorang pemuja Lynas bernama jika tidak silap Faiz, juga turut mengugut untuk menyaman Hatta ekoran status di dalam FB Hatta yang kononnya menghentam Faiz serta kumpulan yang mencetuskan provokasi di hadapan IPD Kuantan sejurus beberapa orang kumpulan Anti Lynas ini dimasukkan ke lokap malam itu kerana berhimpun di Gebeng. 

Dua ugutan, satu untuk saman dan satu lagi untuk pukul.  Kedua-dua ancaman itu datangnya dari kumpulan yang sama iaitu pemuja Lynas dan pencacai murahan yang sebelum ini pernah menunjukkan kehebatan dan samsengnya terhadap pintu Pejabat DAP.  
 
Tapi, kali ini mereka silap.  Mereka mengugut bukan pintu yang tidak bernyawa.  Hatta bukan pintu dan Hatta bukan bersendirian.

Bukan untuk mencari gaduh kerana bagi kami tidak suka membeli kepada orang yang tidak menjual.  Namun, kami bukan kedekut sangat untuk membeli jika kepingin sangat untuk menjual.  
 
Hatta dan rakan-rakan sudah biasa dilokap, dipukul dan disepak oleh FRU atau SB di dalam banyak perhimpunan maka tidak canggung rasanya jika puak pencacai mahu menguji kami.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.