Pengarah Operasi PAS PRK Teluk Intan, Salahuddin Ayub berkata, keyakinan
itu berdasarkan respons daripada masyarakat setelah jentera dan
pimpinan PAS disemua peringkat memberikan komitmen tinggi terhadap gerak
kerja kempen.
Dalam merealisasikan kejayaan, Naib Presiden PAS itu mengharapkan
pengundi khususnya orang Melayu dapat menunaikan amanah esok dengan
penuh tanggungjawab dan tidak gentar serta takut kepada ugutan-ugutan
daripada mana-mana pihak.
"Kepada pengundi Melayu, inilah masanya untuk kita buktikan kesefahaman
dan kesepaduan antara kaum disamping mematahkan tongkat penting BN ini
setelah tidak lagi mengharapkan kepada MCA dan MIC.
"Jika kalahnya Presiden Gerakan ini, saya yakin parti itu akan lumpuh
dan BN kehilangan baki tongkat yang ada," katanya ketika ditemui
Harakahdaily di Markas Induk PAS, Padang Tembak Teluk Intan dekat sini
hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Salahuddin menyatakan, setakat pagi tadi
gerak kerja jentera PAS telah melebihi 90 peratus dan akan meningkat
dalam baki tempoh yang ada ini.
Beliau mengharapkan semua petugas serta pimpinan yang ditugaskan di
kesemua 18 Unit Peti Undi (UPU) dapat memastikan pecutan serta sentuhan
terakhir dapat dijelmakan dalam baki yang ada bagi memastikan semua
matlamat serta key performance indicator (KPI) dapat dicapai.
"Saya yakin dan percaya melalui komitmen yang diberikan, sikap yang
ditujukkan oleh jentera kawasan-kawasan dari negeri Perak dan
negeri-negeri dalam akan berakhir dengan kejayaan," jelasnya.- HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.