Followers

Saturday, March 1, 2014

Menteri Besar derma gaji bulanan ke Tabung Anak Selangor - Jamilah Kamarudin

March 1, 2014


Photo: TAHNIAH TAN SERI KHALID !

Menteri Besar derma gaji bulanan ke Tabung Anak Selangor....
Jamilah Kamarudin.

 | March 1, 2014

Abdul Khalid memohon supaya sumbangan sebanyak RM15,074.85 itu dibuat melalui potongan gaji mulai Januari lalu.

Khalid IbrahimPETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyumbangkan 30% kenaikan gaji yang diterimanya ke dalam Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

Mesyuarat Exco pada 8 Januari lalu pada mulanya hanya meluluskan sejumlah RM4,250 sahaja daripada gaji Menteri Besar untuk disumbangkan kepada Tawas.

Namun melalui surat kepada Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Noordin Sulaiman pada 28 Januari lalu, Khalid memohon supaya sumbangan sebanyak RM15,074.85 itu dibuat melalui potongan gaji bulanannya bermula sejak Januari lalu.

Pejabat Kewangan Negeri Selangor ketika dihubungi FMT mengesahkan surat tersebut dan diserahkan kepada Pejabat Bendahari Selangor untuk tindakan susulan.

“Ya. Menteri Besar dermakan kenaikan gaji yang diperolehinya kepada Tawas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin pula ketika dihubungi.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor November tahun lalu meluluskan kenaikan gaji untuk menteri besar sebanyak 30%, iaitu daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji Speaker DUN, Exco dan semua 56 Adun.

Timbalan Speaker naik paling banyak

Timbalan Speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3% iaitu daripada RM3,327.50 kepada RM15,750.

Manakala anggota Exco dari RM6,109.29 kepada RM20,250; Speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.

Bagaimanapun kenaikan ini dipertikaikan Pengerusi Kelab Penyokong (BBC) Kerajaan Selangor Mohamed Azmin Ali.

Manakala pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Khalid supaya meneliti semula jumlah kenaikan yang dianggap melampau dan tidak sensitif terhadap beban ekonomi rakyat.

Malam tadi Abdul Khalid mengumumkan bertanding merebut jawatan Timbalan Pengerusi PKR menentang penyandang, Azmin malam ini di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam.

FREE MALAYSIA TODAY.


Abdul Khalid memohon supaya sumbangan sebanyak RM15,074.85 itu dibuat melalui potongan gaji mulai Januari lalu. 

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyumbangkan 30% kenaikan gaji yang diterimanya ke dalam Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

Mesyuarat Exco pada 8 Januari lalu pada mulanya hanya meluluskan sejumlah RM4,250 sahaja daripada gaji Menteri Besar untuk disumbangkan kepada Tawas.

Namun melalui surat kepada Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Noordin Sulaiman pada 28 Januari lalu, Khalid memohon supaya sumbangan sebanyak RM15,074.85 itu dibuat melalui potongan gaji bulanannya bermula sejak Januari lalu.

Pejabat Kewangan Negeri Selangor ketika dihubungi FMT mengesahkan surat tersebut dan diserahkan kepada Pejabat Bendahari Selangor untuk tindakan susulan.

“Ya. Menteri Besar dermakan kenaikan gaji yang diperolehinya kepada Tawas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin pula ketika dihubungi.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor November tahun lalu meluluskan kenaikan gaji untuk menteri besar sebanyak 30%, iaitu daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji Speaker DUN, Exco dan semua 56 Adun.

Timbalan Speaker naik paling banyak

Timbalan Speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3% iaitu daripada RM3,327.50 kepada RM15,750.

Manakala anggota Exco dari RM6,109.29 kepada RM20,250; Speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.

Bagaimanapun kenaikan ini dipertikaikan Pengerusi Kelab Penyokong (BBC) Kerajaan Selangor Mohamed Azmin Ali.

Manakala pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Khalid supaya meneliti semula jumlah kenaikan yang dianggap melampau dan tidak sensitif terhadap beban ekonomi rakyat.

Malam tadi Abdul Khalid mengumumkan bertanding merebut jawatan Timbalan Pengerusi PKR menentang penyandang, Azmin malam ini di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam.

FREE MALAYSIA TODAY

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.