Usaha mengapungkan kapal Portugis, Flor De La mar yang dipercayai tenggelam di perairan Aceh, Indonesia ketika membawa rampasan khazanah empayar Melaka bernilai kira-kira AS$2 bilion(RM6.4 bilion) dijangka dapat direalisasi dengan kerjasama tiga negara.
Pengerusi
Jawatankuasa Penyelaras dan Penyelidikan usaha tersebut, Tan Sri Rahim
Tamby Chik berkata, negara terbabit ialah Malaysia, Indonesia serta
Portugal dan untuk mencapai hasrat itu, beliau telah mengusulkan
cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru
ini untuk melaksanakan projek itu.
“Sejak
dahulu beberapa percubaan telah dibuat oleh pemburu harta karun dari
Eropah dan Asia untuk kenal pasti lokasi kapal Portugis itu, tetapi
cubaan itu gagal atas beberapa perkara teknikal.
“Ini
kerana terdapat 30 kapal di lokasi tersebut. Jadi, jika hendak mengenal
pasti yang mana satu kapal Flor De Lamar, kita memerlukan teknologi
canggih serta melibatkan kos kira-kira AS$30 juta (RM96 juta),”
katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Usahawan
Bumiputera Perlu Bijak Rancang Strategi di Dewan Bandar Putera, di sini
hari ini.
Beliau
yang juga Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) percaya dengan
kerjasama kerajaan ketiga-tiga negara terbabit, kapal tersebut boleh
diapungkan dan secara langsung mengembalikan warisan dan kehebatan
empayar Melaka ketika itu yang telah pun diambil oleh Portugis,”
katanya.Rahim
berkata, harta karun di dalam kapal Portugis itu yang dipercayai
tenggelam di perairan Aceh diyakini masih tidak terusik kerana sudah
dilitupi lumpur dan ditumbuhi batu karang.
“Kami
difahamkan dalam kapal itu ada lebih 40 jenis barangan berharga yang
hendak dibawa ke Portugal dari Melaka pada 1511, setelah dirampas oleh
Panglima Afonso de Albuquerque.
“Senarai
khazanah Melaka itu kemudian telah disenaraikan oleh anak Alfonso
sebelum dibawa ke London dan badan lelongan harta purba di sana
menganggar nilainya lebih AS$2 bilion.
“Antara
harta karun itu ialah 22 peti wang emas dan perak serta dua patung
monyet emas bertatahkan batu permata yang diberikan kerajaan Thai kepada
Melaka,” katanya sambil memberitahu harta berkenaan bukan sahaja
mempunyai nilai kewangan, malah warisan sejarah.
Beliau
berkata, sekiranya usaha mengapungkan harta tersebut berjaya, projek
raksaksa itu mampu menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan
utama dunia.
“Menurut
undang-undang laut antarabangsa, biasanya di mana kapal itu tenggelam,
khazanah itu akan menjadi hak milik negara berkenaan. Tetapi Indonesia
hingga kini tidak dapat mengenal pasti lokasi kedudukan kapal tersebut.
“Menurut
pihak Indonesia, jika kita dapat buktikan khazanah itu dari Empayar
Kesultanan Melaka, harta itu boleh menjadi khazanah Malaysia,” katanya.
Katanya,
kerjasama berkenaan pernah cuba dijalankan antara Malaysia dan
Indonesia ketika beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dari 1982 hingga
1994, tetapi tidak berhasil.
Malaysians Must Know The Truth.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.