SYARIKAT PENERBANGAN MAS ( Malaysia Airlines )..yang popular dengan "Nasi Lemak Telanjang MAS" tiap tahun rugi bila buat laporan kewangan.
Amat berbeza dengan Airasia yang dikendalikan swasta ..tetap untung walaupun berkurangan..
AIRASIA Catat Penyusutan Keuntungan Sebelum Cukai Bagi 2013..TETAPI TETAP UNTUNG...~~~!!!
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Syarikat penerbangan kos rendah, AirAsia Bhd, mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang ketara lebih rendah berjumlah RM363.182 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2013 daripada RM962.557 juta yang dicatatkan pada 2012.
Bagaimanapun, pendapatan syarikat meningkat kepada RM5.189 bilion, bagi
tempoh dalam kajian, daripada RM4.946 bilion yang dicatatkan
sebelumnya, kata AirAsia dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Bagi suku keempat berakhir 31 Dis, 2013, keuntungan sebelum cukai susut kepada RM173.522 juta daripada RM312.954 juta yang dicatatkan pada 2012.
Sementara itu, satu kenyataan daripada AirAsia berkata syarikat itu mencatatkan pendapatan suku tahun sebanyak RM1.35 bilion, sama seperti pendapatan yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun lepas.
Pemangkin pertumbuhan ini ialah bilangan penumpang yang bertambah sebanyak 14 peratus secara perbandingan tahun ke tahun kepada 5.91 juta sekali gus mengatasi kapasiti pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 10 peratus.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.