Alaa Ganii......Apa Sudah Jadi?
Panel SPRM pun dah complain
Kalau tak mampu......letak saja jawatan
Ramai lagi orang lebih bertanggung jawab boleh ganti!
Tapi selagi penguasa politik yang lantik......akan kadi 2 x 5 jugalah
Peguam Negara perlu jelaskan mengapa 2 bekas pegawai menteri tidak didakwa, kata panel SPRM
Pejabat
Peguam Negara perlu memberikan penjelasan mengapa dua bekas pegawai
kepada menteri kabinet tidak didakwa di mahkamah, walaupun telah
diumumkan akan didakwa kerana salah laku oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).
Kalau tak mampu......letak saja jawatan
Ramai lagi orang lebih bertanggung jawab boleh ganti!
Tapi selagi penguasa politik yang lantik......akan kadi 2 x 5 jugalah
Peguam Negara perlu jelaskan mengapa 2 bekas pegawai menteri tidak didakwa, kata panel SPRM
Pengerusi panel
penasihat konsultasi dan pencegahan rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar
berkata, mereka bimbang dengan spekulasi mengenai kejadian ini, kerana
badan pencegah rasuah itu mengumumkan kepada media sebelum ini bahawa
bekas pegawai itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
"Sebagai
panel bebas, kami bimbang dengan perkembangan ini, kerana ia boleh
menghasilkan spekulasi yang bukan-bukan di kalangan orang ramai, atau
spekulasi bahawa ada campur tangan," kata Johan dalam satu kenyataannya
kepada Bernama hari ini.
Katanya,
panel itu sangat sedih dengan dengan spekulasi yang yang mengatakan ada
campur tangan politik atau pendakwaan terpilih menyebabkan kelewatan
ini, tetapi beliau yakin ia bukan yang sebenarnya."Panel ini merasakan,
demi kepentingan ketelusan, Pejabat Peguam Negara perlu memberikan
penjelasan kepada orang ramai," katanya.
Panel
11 anggota itu menentang sekeras-kerasnya campur tangan, politik atau
pihak-pihak lain, dalam usaha SPRM memerangi rasuah, kerana ia akan
menyebabkan keyakinan kepada SPRM dan Pejabat Peguam Negara terhakis,
apatah lagi kepada kerajaan itu sendiri.
The Malaysian Insider hari ini melaporkan, spekulasi semakin memuncakmenyatakan
wujud campur tangan politik atau pendakwaan terpilih yang menyebabkan
tuduhan terhadap bekas setiausaha politik Umno lewat dijalankan selepas
ditangkap Isnin lalu berikutan penyalahgunaan RM1.1 juta daripada tiga
yayasan.
Sumber
berkata, bekas setiausaha politik dan pengarah salah satu yayasan itu
dikaitkan dengan siasatan kerana dikatakan menggunakan wang yayasan yang
sepatutnya digunakan untuk membantu golongan miskin itu bagi kegunaan
politik.
"Ia
siasatan yang besar dan apa yang dilihat hanya di permukaan sahaja.
Terdapat beberapa pihak dalam Umno yang tidak mahu kes ini dibawa ke
mahkamah," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Beliau
merujuk kepada kenyataan SPRM minggu lalu yang berkata mereka menahan
dua lelaki, termasuk seorang bekas setiausaha politik dengan gelaran
datuk, dan dijangka mendakwa mereka pada Selasa lalu.
Bagaimanapun,
beberapa jam kemudian, SPRM berkata terdapat kesilapan dan individu
berkenaan akan didakwa pada tarikh yang belum ditentukan.
Kedua-duanya dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000. – Februari 3, 2014.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.