Followers

Tuesday, February 25, 2014

Pakatan Rakyat Johor semakin mantap!

Pakatan Rakyat Johor semakin mantap!

Percubaan sesetengah pihak mengaitkan kes saman bekas calon PKR terhadap Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS untuk melaga2kan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, tidak berhasil. Sambutan Tahun Baru Cina di Kulaijaya, mesyuarat bersama pimpinan tertinggi PR Pusat dengan PR Johor dan Malam Amal di Taman Pulai Utama Gelang Patah semalam, menyerlahkan kerjasama padu yang memantapkan muafakat.

Kehadiran ramai tokoh2 PR dengan sambutan ribuan rakyat Johor adalah gambaran positif sokongan yang konsisten. Komitmen bersama pimpinan tertinggi PR untuk hadapi fitnah dan cubaan memecah belah kesatuan PR kian terbukti. Presiden PAS sendiri mengulas isu perkauman yang dimainkan pihak tertentu di depan kaum cina dalam Sambutan Tahun Baru Cina dan hadirin melayu di Gelang Patah dalam konteks Islam dan bagaimana Rasulullah SAW adalah contoh terbaik menangani masyarakat majmuk.

Bahkan, Tok Guru memaklumkan kepada saya, beliau akan melancarkan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia untuk Prk Kajang 28 feb ini. Ia mengulangi ikrar PAS untuk membantu calon PR menang dengan majoriti besar.

Cabaran semakin hebat. Musuh sentiasa menggunakan segenap ruang dan mengambil peluang melakukan adu domba bagi melemahkan kita. Jangan mudah percaya sebaran yang dikeluarkan melalui media arus perdana dan media baru. Perolehi dari sumber rasmi parti.

Yakinlah, semakin utuh dan mantap PR, BN kian menghampiri jalan keluar menuju kehancurannya!

Percubaan sesetengah pihak mengaitkan kes saman bekas calon PKR terhadap Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS untuk melaga2kan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, tidak berhasil. 

Sambutan Tahun Baru Cina di Kulaijaya, mesyuarat bersama pimpinan tertinggi PR Pusat dengan PR Johor dan Malam Amal di Taman Pulai Utama Gelang Patah semalam, menyerlahkan kerjasama padu yang memantapkan muafakat.

Kehadiran ramai tokoh2 PR dengan sambutan ribuan rakyat Johor adalah gambaran positif sokongan yang konsisten. Komitmen bersama pimpinan tertinggi PR untuk hadapi fitnah dan cubaan memecah belah kesatuan PR kian terbukti. 

Presiden PAS sendiri mengulas isu perkauman yang dimainkan pihak tertentu di depan kaum cina dalam Sambutan Tahun Baru Cina dan hadirin melayu di Gelang Patah dalam konteks Islam dan bagaimana Rasulullah SAW adalah contoh terbaik menangani masyarakat majmuk.

Bahkan, Tok Guru memaklumkan kepada saya, beliau akan melancarkan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia untuk Prk Kajang 28 feb ini. Ia mengulangi ikrar PAS untuk membantu calon PR menang dengan majoriti besar.

Cabaran semakin hebat. Musuh sentiasa menggunakan segenap ruang dan mengambil peluang melakukan adu domba bagi melemahkan kita. Jangan mudah percaya sebaran yang dikeluarkan melalui media arus perdana dan media baru. Perolehi dari sumber rasmi parti.

Yakinlah, semakin utuh dan mantap PR, BN kian menghampiri jalan keluar menuju kehancurannya!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.