Followers

Sunday, February 23, 2014

Kah Kah Kah UMNO Salah Tembak - Mei Fun Jugak Bukan Anak Kajang !!

Macai Terkedu, Mei Fun Juga Bukan Anak Jati Kajang!

Mei Fun calon `elit’ MCA?

PETALING JAYA: Seorang bekas pemimpin Umno di Kajang mendakwa Datin Paduka Chew Mei Fun yang akan bertanding di DUN Kajang merupakan calon `elit’ yang dipilih oleh pimpinan atasan BN dan MCA.

Beliau mendakwa lagi, pemilihan itu mungkin mengetepikan kehendak pengundi Kajang sendiri.
“Ini, Chew dipilih kerana kehendak orang atasan MCA dan BN. Adakah mereka mengambil kira kemahuan pengundi Kajang?

“Bolehkah Naib Presiden MCA itu diterima oleh orang Umno dan juga orang MCA? Bolehkah kita menang nanti?

“Chew orang luar, nampaknya semua calon orang luar, BN orang luar, PKR orang luar, calon bebas pun orang luar.

“Sedangkan kita nak cari wakil rakyat untuk orang Kajang. Seolah-olah Kajang akan jadi pusat persinggahan? ” tanya Datuk Mohd Said Mad Saman, bekas AJK Umno Hulu Langat di mana Kajang di bawah parlimen itu.

Beliau yang kini mengetuai Umno cawangan Sungai Kantan, Kajang berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN memilih Chew sebagai calon di Kajang.

Muhyiddin membuat pengumuman tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur sejurus sebelum mesyuarat majlis tertinggi Umno petang semalam.

Chew akan menentang Datuk Sri Anwar Ibrahim pada 23 Mac ini, kerusi itu kosong ekoran perletakan jawatan Adun PKR, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.

Umno terpinga-pinga


Mohd Said yang kita ketua Umno cawangan Sungai Kantan di Kajang berkata, penyokong–penyokong Umno masih terpinga-pinga dengan pemilihan Chew tersebut.

Ini kerana katanya, mereka mahu BN memilih calon Umno setelah MCA kalah beberapa kali di Kajang dalam pilihan raya sebelumnya. “Saya juga mempunyai rasa bimbang kerana MCA baru sahaja menghadapi pemilihan pimpinan, adakah Chew diterima oleh mereka semua.

“Kerana Chew itu merupakan dari kumpulan Datuk Seri Liow Tiong Lai (presiden MCA,” tambah Mohd Said lagi.

Beliau juga berpendapat majlis pengumuman Chew sebagai calon BN sepatutnya dibuat di Kajang supaya lebih ramai pengundi mengenali beliau.

Katanya, memperkenalkan calon BN di PWTC tidak sesuai kerana ia seolah-olah melantik seorang menteri kabinet.

“Sepatutnya ia dibuat di kawasan terbuka di Kajang kerana Chew mahu bertanding di Kajang, bukannya di tempat lain,” tegas beliau lagi.

Pada pilihan raya umum lalu, jumlah pengundi Kajang ialah 38,965 orang dengan pecahan Melayu (48.48), Cina (40.46), India (10.15). -FMT

ULASAN GB


Sebelum ini heboh ada pihak mendesak SPR supaya meminda syarat calon pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dengan mewajibkan hanya anak jati sesuatu kawasan itu layak untuk bertanding.

Ini semata-mata kerana Anwar Ibrahim telah diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat di Kajang.

Sekarang jilatlah ludah itu semula kerana Mei Fun juga bukan anak jati Kajang

Sudahlah tu, yang anehnya BM umumkan pencalonan Mei Fun pun di PWTC, bukan di Kajang! 
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.