Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan "Langkah Kajang" yang direncanakan
sebagai berhasil kerana berjaya mengejutkan kembali pemimpin tua yang
sudah pencen dalam Umno.
Ketua umum PKR itu berkata, rancangan tersebut menyebabkan bekas perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa memanggil satu mesyuarat khas untuk membincangkannya.
Ketua umum PKR itu berkata, rancangan tersebut menyebabkan bekas perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa memanggil satu mesyuarat khas untuk membincangkannya.
"Strategi kita ini mengejutkan, saudara tahu tak Dr Mahathir panggil
mesyuarat khas? Penat-penat dia, dengar Anwar Ibrahim nak pergi Selangor
sampai kena panggil mesyuarat," kata Anwar semasa berucap merasmikan
bilik gerakan PKR di Kota Cheras, malam tadi.
"Yang lama-lama semua, semua datang... yang pencen-pencen semua datang,” katanya.
Anwar berkata, bukan sahaja Dr Mahathir yang terkejut malahan bekas
menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin juga mengakui bahaya yang mungkin
dihadapi Umno.
"Semasa mesyuarat itu, seorang bangkit berkata Anwar bertanding Kajang
sebab nak jadi menteri besar, tak boleh jadi perdana menteri jadi
menteri besar sajalah. Apa dia boleh buat.
"Kemudiaan Tun Daim Zainuddin bangun, dia marah. Dia kata kamu tidak
kenal Anwar, kamu tidak kenal dia, Anwar kalau dia ambil menteri besar,
nazak Umno," kata Anwar menjelaskan situasi yang berlaku semasa
mesyuarat tersebut.
Ketua pembangkang itu berkata, kebimbangan yang disuarakan oleh Dr Mahathir dan Daim membuktikan "Langkah Kajang" berjaya mencuit kebimbangan dua individu berpengaruh dalam Umno.
"Maknanya, strategi kita ini, 'Kajang Move' ini maksudnya, betul.
"Strategi ini bagi kejutan," katanya.
Anwar berkata, tujuan utama Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diadakan bagi mempertahankan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) daripada terus diserang dan diasak oleh pemimpin Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) yang rapat dengan parti itu tersebut seperti Perkasa.
Dr Mahathir sebelum ini mengakui beliau sememangnya takut sekiranya bekas timbalannya, itu menjadi menteri besar Selangor.
Dr Mahathir berkata, kejayaan Anwar memegang tampuk kuasa di Selangor akan sekali gus menyebabkan kakitangannya tidak selamat.
"Orang ramai tidak akan berasa selamat sekiranya Anwar menjadi menteri besar kerana pelakuannya yang 'tidak bermoral'.
"Yang lama-lama semua, semua datang... yang pencen-pencen semua datang,” katanya.
Ketua pembangkang itu berkata, kebimbangan yang disuarakan oleh Dr Mahathir dan Daim membuktikan "Langkah Kajang" berjaya mencuit kebimbangan dua individu berpengaruh dalam Umno.
"Maknanya, strategi kita ini, 'Kajang Move' ini maksudnya, betul.
"Strategi ini bagi kejutan," katanya.
Anwar berkata, tujuan utama Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diadakan bagi mempertahankan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) daripada terus diserang dan diasak oleh pemimpin Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) yang rapat dengan parti itu tersebut seperti Perkasa.
Dr Mahathir sebelum ini mengakui beliau sememangnya takut sekiranya bekas timbalannya, itu menjadi menteri besar Selangor.
"Orang ramai tidak akan berasa selamat sekiranya Anwar menjadi menteri besar kerana pelakuannya yang 'tidak bermoral'.
Selain itu, Dr Mahathir yang merupakan bekas presiden Umno berkata, Anwar tidak layak menjadi menteri besar kerana hanya mementingkan jawatan, bukan untuk memperjuangkan bangsa dan agama.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas wakil rakyatnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding.
Barisan Nasional (BN) sudahpun mengumumkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon mereka.
Selain itu, calon bebas termasuk bekas pemimpin PKR seperti Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Seri S Nalakaruppan dan N Gobalakrishnan, turut menyatakan hasrat untuk bertanding.
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan hari mengundi bagi PRK Kajang adalah pada 23 Mac manakala hari penamaan calon jatuh pada 11 Mac. ~tmi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.