Followers

Friday, January 31, 2014

PRK Dun Kajang: Zahid sokong BN ubah formula pilih calon...!!


Photo: Jumaat, 31 Januari 2014.

PRK Dun Kajang: Zahid sokong BN ubah formula pilih calon...!!

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyokong cadangan supaya Barisan Nasional (BN) mengubah formula memilih calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Beliau berkata kepimpinan BN perlu mengubah kaedah pemilihan calon itu untuk membolehkan BN menawan semula kawasan itu kerana ia mempunyai lebih 40 peratus pengundi Melayu.
  
Beliau mengulas cadangan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya pemilihan calon tidak dilakukan mengikut formula lama walaupun DUN Kajang merupakan kerusi tradisi MCA.
  
BN harus melihat cadangan itu dari aspek mendapatkan kemenangan selain menimbang faktor PKR menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calonnya bagi kerusi itu, kata Ahmad Zahid kepada pemberita pada Kempen Ops Selamat Jalan Raya di Plaza Tol Sungai Besi di sini, hari ini.
  

PRK Dun Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan Anggota DUN Kajang Lee Chin Cheh pada Isnin lepas dan keesokannya, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi kerusi itu.
  
Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam persaingan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
  
Berdasarkan PRU lepas, statistik Daftar Pemilih Pengguna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan pengundi Melayu sebanyak 48.48 peratus diikuti pengundi Cina sebanyak 40.46 peratus dan pengundi India seramai 10.15 peratus di kawasan itu.
  
- Bernama
Posted & copy by Rakyat Marhaen.Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyokong cadangan supaya Barisan Nasional (BN) mengubah formula memilih calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Beliau berkata kepimpinan BN perlu mengubah kaedah pemilihan calon itu untuk membolehkan BN menawan semula kawasan itu kerana ia mempunyai lebih 40 peratus pengundi Melayu.

Beliau mengulas cadangan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya pemilihan calon tidak dilakukan mengikut formula lama walaupun DUN Kajang merupakan kerusi tradisi MCA.

BN harus melihat cadangan itu dari aspek mendapatkan kemenangan selain menimbang faktor PKR menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calonnya bagi kerusi itu, kata Ahmad Zahid kepada pemberita pada Kempen Ops Selamat Jalan Raya di Plaza Tol Sungai Besi di sini, hari ini.


PRK Dun Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan Anggota DUN Kajang Lee Chin Cheh pada Isnin lepas dan keesokannya, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi kerusi itu.

Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam persaingan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Berdasarkan PRU lepas, statistik Daftar Pemilih Pengguna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan pengundi Melayu sebanyak 48.48 peratus diikuti pengundi Cina sebanyak 40.46 peratus dan pengundi India seramai 10.15 peratus di kawasan itu.

- Bernama
Posted & copy by Rakyat Marhaen.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.