Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin percaya
wujud perancangan bagi melenyapkan kes pembunuhan Altantuya dengan
‘menghilangkan’ suspek utama kes itu.
“Bagi saya jelas, sejak kes
tersebut dibicarakan sejak awal lagi ia sudah dirancang skrip-skripnya.
“Kita dapat lihat dari pembebasan Abdul Razak Baginda yang juga terlibat
dalam kes ini, kemudian dengan perbicaraan yang jelas mencurigakan,
sehingga proses rayuan terhadap hukuman tersebut dijalankan.
Ini sudah dirancang dengan teliti bagi mendiamkan kes tersebut,” ujarnya ketika dihubungi. Abdul Razak Baginda, yang juga kenalan rapat perdana menteri dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya pada 2008 selepas mahkamah mendapati tiada kes prima facie.
Ia menjadi lebih aneh apabila pendakwaraya memutuskan tidak membuat rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.

Baru-baru ini, portal The
Malaysian Insider melaporkan kehilangan Koperal Sirul Azhar Umar, salah
seorang daripada dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita
berkenaan, selepas dibebaskan Mahkamah Rayuan tahun lalu.
Menurut Chegu Bard, beliau sudah
menjangkakan kes ini akan ditutup dan dibiarkan begitu sahaja apabila
Barisan Nasional menang pilihan raya umum ke 13.
“Ini dilakukan kerana kes
pembunuhan ini berkaitan dengan skandal pembelian kapal selam, dan sebab
itu kes ini perlu didiamkan,” tegas beliau.
Menurutnya lagi, alasan bahawa suspek berkenaan yang didakwa hilang adalah dangkal dan tidak masuk akal.
“Kita tahu kemampuan pihak
berkuasa mengesan dan menangkap individu yang mereka kehendaki, ini
jelas apabila ramai pemimpin dan aktivis rakyat ditangkap di tengah
jalan mahupun ketika sedang makan.
“Jadi alasan bahawa suspek telah hilang sememangnya tidak dapat diterima. Dia perlu ditangkap dan didakwa,” tegasnya. ~kd
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.