Tanah Sabasun Akan Diserah Kepada Orang Asing………..
[BuletinOnline] Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kerana member kesempatan dan ruangan kepada saya untuk sama-sama
berkongsi tentang cabaran dan ujian yang terpaksa kami usahawan anak
negeri hadapi dengan bermacam-macam kerenah birokrasi untuk maju ke
hadapan.
Dan antaranya ialah, izinkan saya bercerita daripada awal. Sabasun mula
ditubuhkan pada tahun 1995 bermula dengan kedai kecil dua pintu,
kemudian dengan izin Allah dengan sokongan pelanggan daripada rakyat
negeri Terengganu, pada tahun 1999, kami telah mengusahakan sebuah
bangunan baru sebelah kedai lama tersebut iaitu bangunan yang ada
sekarang di Sabasun1 di Bukit Kecil.
Jadi, semasa proses pembinaan bangunan tersebut berlaku, dibelakang
bangunan yang terdapat parking percuma sekarang ini. Merupakan sebuah
paya pada satu masa dahulu. Paya yang luasnya lebih kurang 1 ekar suku,
yang mana pada waktu itu, kami pergi rujuk kepada pejabat tanah, pihak
kerajaan tidak punya apa-apa idea untuk membangunkan paya tersebut.
Maka sebab itu, sebagai anak negeri Terengganu, usahawan negeri, kami
rasa kami perlu untuk kemohon kepada kerajaan negeri untuk membeli tanah
tersebut supaya kami dapat mengembangkan perniagaan yang sedia ada.
Selain member kemudahan kepada pelanggan dan orang ramai dari segi
parking percuma.
Malangnya, selepas 3 kali kami memohon, permohonan kami terus ditolak
dan ditolak. Dan pada itu, MBKT masuk di tengah, pun nak berebut tanah
yang sama. Sepatutnya pihak berkuasa tempatan menjadi fasilitator iaitu
pemudah cara kepada kami peniaga, bukannya menjadi ‘compretitor’,
berebut tanah yang 1 hektar tu, nak juga.
Padahal tanah lain pun rasa banyak lagi. Kenapa berebut tanah belakang
tu hok 1 kektar itu. Oleh kerana, kami nak guna sangat tanah tu, MBKT
panggil kami, dia cakap, “kalau kami jual pada kamu, dapat guna 1 kali
je, kalau kami sewakan kepada kamu, kami dapat makan yang panjang”. Itu
jawapan dia. Tidak ada langsung sikap untuk menyokong anak tempatan.
Tetapi lebih kepada menindas. Nak, tak nak, kami terpaksa terima tawaran
itu kerana kami nak guna sangat tanah itu. Parking merupakan nadi
kepada mana-mana perniagaan. Kalau tak ada parking itu bukan kedai
namanya. Walaupun besar dan comel mane pun kedai itu. Tak ade parking,
taka de guna kedai itu. Jadi, disebabkan oleh itu, kami sanggup membayar
RM4,000 sebulan kepada MBKT semata-mata untuk bagi ruang parking yang
percuma kepada orang awam. Dan pada waktu kami memohon untuk membeli
tanah tersebut, pada tahun 2000 tanah itu bernilai RM360,000.
Dan pada hari ini, kami menyewa tanah itu lebih setengah juta ringgit
kepada MBKT. Dan lebih teruk daripada itu, tanah itu tak boleh dibuat
apa-apa hanya untuk parking sahaja. Kami tak dapat tambah ruang kadai,
kami tak dapat tambah bangunan. Sebab itu, kami terpaksa sambung sana,
sambung sini sebab tak cukup tanah. Nak berniaga tiada tanah. MBKT
sepatutnya menyokong kami. Kalau MBKT tidak berebut tanah dengan kami,
sudah pasti kami dapat tambah ruang dan bangunan baru, kami dapat
menyediakan peluang pekerjaan anak negeri. Mereka sepatutnya melihat
secara keseluruhan. Bukan secara pentingkan diri dan berebut dengan
rakyat. Nak ambil untung sahaja pada rakyat. Sudah tentu kami nak
memulakan perniagaan secepat mungkin. ‘In other’, nak saing persaingan
yang ditimbulkan oleh syarikat lain.
Jadi, bangunan siap, normal pegawai MBKT akan datang buat pemeriksaan
untuk memberi CF kepada kita. Selepas 2 minggu, kami menunggu banguna
yang kosong itu, pihak MBKT tidak datang untuk buat pemeriksaan. Kami
terus berhubung dengan pihak MBKT, hantar surat.masuk kerja minggu,
tidak hantar juga. Sedangkan masa itu emas tuan-tuan, kami masih
menunggu.
Kami ada dua pilihan , masih menunggu atau mati. Kami terpaksa masukkan
juga barang. Masa tidak boleh dibuang begitu saja. Masa itu emas, kerana
pelaburan yang begitu berjuta-juta sudah dibuat. Kami baut keputusan
untuk tidak membuang masa, masukkan barang dulu. Disebabkan barang yang
telah dimasukkan, pihak MBKT menggunakan alasan, oleh kerana kami dah
masukkan barang , mereka tidak boleh buat pemeriksaan.
Sampai hari ini, 12 tahun sudah tak ada CF. walaupun ketiadaan CF, pihak
kami tidak berniat sama sekali untuk engkar pada pihak berkuasa, kami
terus berbincang dengan pihak MBKT. Bagaimana kami nak dapatkan CF
walaupun apa-apa syarat yang dikenakan. Selepas berbincang beberapa
kali, pihak MBKT membuka ruang kembali, dengan mengenakan syarat-syarat
tambahan. Kena ikut syarat-syarat tersebut, mungkin kami boleh bagi CF
untuk anda.
Untuk itu, kami terus berusaha-berusaha dan ikut. Sebab itu, 17 tahun
yang lepas kami tidak pernah gagal untuk memperbaharui lesen. Lessen
berniaga, kenapa untuk kali yang ke 18 ini, kami tidak dapat
memperbaharui? Dengan alasan CF, sedangkan mereka tahu benda ini dalam
proses. Sedang dalam perbincangan. Pihak kami sedang ambil
langkah-langkah yang hati-hati untuk memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan. Kami sedang buat, contohnya, bomba kata, kami kena ada 1
lagi tangga u8ntuk setiap kedai. Kami sanggup buat, walaupun kos tangga
RM60,000.
Bomba cakap lagi, lantai kamu punya stor kamu pakai lantai kayu. Mungkin
takut kebakaran. Kami tukar semua lantai. Tukar lantai 120 ribu. Tukar
lantai sahaja. Pihak bomba faham, untuk buat kerja-kerja sebegini
memakan masa. Mereka juga mengutus surat kepada kita untuk memberi
tempoh. Benda-benda ini dalam proses. Kenapa tiba-tiba MBKT pergi sekat
lesen. Sekat pula dengan cara yang sangat pelik, bila kami datang nak
memperbaharui lessen, kerani dia cakap, lessen anda untuk tahun ini
tidak dapat diperbaharui. Kenapa?. Jawab dia, kerana bos saya telefon,
suruh ‘block’.
Tidak ada surat, tidak ada kertas hitam putih sehingga hari ini. Setahun
doh. Berniaga kacang putih tepi jalan pun ada surat berniaga. Tidak
mungkin berniaga pasaraya kene sekat macam tu je. Sedangkan kami membuka
pekerjaan kepada 400 orang pekerja anak negeri Terengganu. Tak ada
‘Bangla’, tak ada ‘Nepal’ seorang pun kat sabasun ini. Tidak seperti itu
lagi, perkara ini terus dibangkitkan sehingga pada hari ini. Jadi,
hanya kami tiada lesen, kepada tuan-tuan, isu lesen hanyalah kecil.
Pihak kami tidak henti-henti diugut. Pihak kami tidak pernah
dihenti-henti dicari kesalahan untuk dihukum.
Saya bagi contoh kepada tuan-tuan, pada tahun 2007. Merupakan tahun yang
sangat-sangat mencabar kepada kami. Apabila pihak kerajaan negeri
bersetuju untuk membangunkan Giant dan Mydin sekaligus hanya 400 meter
dari kedai kami. Perdana menteri bercakap tentang ‘blue ocean strategy’ .
kami dah buat, tapi tiba-tiba giant dan mydin dibuat ‘red ocean’. Kami
terpaksa berlawan kedai depan mata. Selama 4 tahun kami bertahan 0%
keuntungan bersih, berlawan dengan giant dan mydin. Berkat sokongan
pelanggan, pembekal, kami mampu bertahan selama 4 tahun.
Selepas 4 tahun bertahan, baru boleh bernafas sikit, cari kat wakaf
tembesu. Kami sampai kat sini, asalnya paya, gelap. Tak ada orang kat
sini. Kami meneroka tempat ini, sedikit demi sedikit. Bermula dari tahun
2007. Sikit demi sedikit, bila tempat dah naik comel. Bagi peluang
kepada 150 orang anak Terengganu kat sini. Tiba-tiba, nak buat bangunan
baru kat sini, pihak kerajaan cakap, tanah kami 10 hektar ini akan
diambil balik oleh kerajaan atas alasan nak buat Bandar baru perkasa
alam. Tanah kami ini akan dibagi kepada orang asing untuk dibangunkan.
Saya difahamkan, Sabasun akan dihalau keluar, ‘Jaya Jusco’ akan
bertandang atas tanah kami. Ini yang dikatakan Menang sorak, kampong
tergadai, kami anak tempatan, usahawan negeri. Seperti ayam dikepok mati
kelaparan, itik di air mati kehausan. Ini akan berlaku seterusnya
kepada anak cucu kita, kalau kita tak melakulan apa-apa pada hari ini
tuan-tuan. Sekian, terima kasih.
*** Ucapan penuh pengusaha dan pemilik Sabasun Hyperruncit, Che Salmi,
pada program ‘Lepak santai’ anjuran NGO Ganti, Jumaat 29 November, 2013,
di perkarangan Sabasun 2 Wakaf Tembesu.
P/s: Bukan DAP yang menindas dan menzalimi Melayu....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.