Followers

Monday, December 2, 2013

Selangor kekal prestasi cemerlang dalam kelembapan ekonomi global Oleh : NAZLI IBRAHIM

PUTRAJAYA 2 DIS : Selangor berjaya mencatatkan prestasi ekonomi yang membanggakan walaupun negara Eropah dan Amerika Syarikat terus berdepam dengan kemelut kelembapan ekonomi global.
 
Kejayaan itu didorong dengan kemampun negeri itu menyediakan iklim pelaburan yang sihat, sekali gus mampu menarik minat pelabur domestik dan luar negara untuk melabur.

b-china conference marriot hotel 2Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. berkata Selangor masih kekal sebagai negeri yang memiliki jumlah projek pelaburan tertinggi di Malaysia, sehingga Jun lalu.

Abdul Khalid berkata, beliau berharap keadaan iklim ekonomi yang sihat itu mampu menarik minat pelabur dari China dan negara luar lain untuk melabur di negeri itu.
 
“Pada tahun 2012 dan 2013 , kami mencatatkan prestasi yang lebih kukuh daripada segi pelaburan domestik dan semula. Walaupun saya memahami iklim ekonomi global yang sukar, saya sangat berharap untuk menarik lebih banyak pelaburan asing.

“Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) juga menunjukkan Selangor berjaya menarik 97 projek pelaburan, tertinggi di Malaysia, sehingga Jun lalu,” katanya pada majlis Makan Malam Gala Persidangan Usahawan Malaysia-China 2013 di Hotel Marriot, di sini, malam tadi.

b-china conference marriot hotel 5

Katanya, kerajaan negeri juga menunjukkan kesungguhan menarik pelabur asing dengan mengambil langkah mengadakan misi perdagangan ke beberapa negara yang mempunyai potensi besar untuk melabur di Selangor.

“Kami juga merancang untuk memperhebatkan misi perdagangan dan pelaburan luar negara seperti yang dibuktikan dalam lawatan ke Eropah, China, Jepun dan Korea sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Abdul Khalid juga berharap pelabur dari China mengambil peluang untuk melabur di Selangor ketika menyentuh hubungan ekonomi dua hala Malaysia dan China yang terjalin, sejak 39 tahun lalu.
-NFN-

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.