Followers

Monday, December 2, 2013

National Union of Flight Attendants Malaysia - Nufam


 
Tanggal 29.11.13 adalah satu titik hitam di dalam sejarah Kesatuan NUFAM dimana Presiden Kesatuan NUFAM telah dipecat oleh pihak pengurusan MAS secara tidak adil.
Ini adalah satu lagi tindakan yang paling drastik yang telah diambil oleh sebuah syarikat GLC terhadap sebuah Kesatuan Kebangsaan yang telah diikitirafkan oleh Kementerian Sumber Manusia baru baru ini.

Pihak pengurusan MAS telah sama sekali melanggar syarat syarat dan akta perundangan di dalam negara Malaysia.

Pihak MAS telah menggunakan taktik kekerasan yang amat tinggi dan tidak berpandu kepada prinsip perundangan dan juga telah menjejaskan perhubungan baik pekerja dengan majikan.

Ini adalah satu tindakan di mana MAS akan menerima satu tentangan yang amat hebat sebagai sebuah syarikat antarabangsa yang juga tidak mempunyai sikap minda terbuka.

Dengan pemecatan Presiden Kesatuan Kebangsaan dari MAS bermakna MAS telah hilang keupayaan untuk menyelesaikan konflik diantara NUFAM dan MAS.

Pengurusan MAs juga telah bersikap egoistic dan kurang ajar, lebih dari apa yang telah ditonjolkan selama ini.


MAS merupakan sebuah syarikat berstatus antarabangsa dan mempunyai 3500 pekerja Anak Kapal Kabin dan majoriti mereka adalah penyokong dan ahli Kesatuan Kebangsaan NUFAM.

Adakah pihak majikan MAS memahami undang undang Tred Kesatuan atau apa adanya di dalam prinsip keharmonian di tempat kerja?

Adakah pihak MAS memahami betapa salahnya mereka jika menyentuh atau cuba memperdayakan seorang wakil Kesatuan Kebangsaan seperti NUFAM?

Tidak kah pihak pengurusan MAS mempunyai legal advisor atau seorang yang berkaliber untuk menasihati tindak laku dan kelakuan mereka sebagai sebuah syarikat bertaraf antarabangsa?

Pihak pengurusan MAS telah memudaratkan perhubungan dua hala sebagai sesebuah syarikat dengan kesatuan pekerja.

Pemecatan Presiden Kesatuan NUFAM akan menyebabkan lebih kemarahan diantara golongan golongan pekerja mereka nanti.


Pihak pekerja mungkin akan mengambil tindakan lebih drastik terhadap MAS dengan adanya tingkah laku sebegini oleh syarikat MAS jika ia terus berlaku.

Seperti mana yang telah lama dimaklumkan oleh NUFAM,MAS memang sebuah syarikat kapitalis dan berkelakuan kuku besi.

Tindakan mencatas dan menindas pekerja mereka selama ini akan terus dihebohkan oleh semua pihak pihak tertentu,luar dan juga didalam negara.

MAS mungkin akan dicerca selepas ini dan mereka juga akan jatuh teruk atas sebab adanya sentimen sentimen yang tidak terkawal.


Generasi pekerja muda hari ini tidak akan berdiam diri dan mereka juga telah berikrar untuk melawan pengurusan di MAS dan akan terus mengesak CEO MAS Ahmad Jauhari dan askar askarnya untuk melepaskan jawatan mereka.

Pihak wakil Kesatuan NUFAM dan jentera jentera mereka juga akan bertindak secara meluruh agar pihak pengurusan MAS dapat memberikan jawapan yang munasabah kepada Kesatuan NUFAM sebelum ia mengaturkan tanda tanda awal untuk bertindak balas.

Sejurus itu MAS akan juga dianggap oleh semua sebagai sebuah syarikat kapitalis!

Tindakan MAS terhadap NUFAM juga akan mendapat tentangan hebat dari semua penjuru dan pihak pihak tertentu di masa terdekat ini.

MAS TETAP SEBUAH SYARIKAT GLC KAPITALIS DAN BERMAJIKAN KUKU BESI!

Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.