Followers

Tuesday, December 3, 2013

Mahathir lupa korupsi dizamannya yang masih belum selesai

 

DALAM HUJAN                                                                                

Dr Mahathir Mohamad berkata amalan korupsi di negara ini kian bertambah dan undang-undang berkaitan dengannya kurang licin tidak seperti zamannya. Aduh, enak dan sedap sekali bicara Pak Mahathir. 
 
Sayang beliau tidak mengemukakan bukti atau fakta 'kegiatan' korupsi serta tangkapan dan hukuman di sepanjang tempoh beliau menjadi perdana menteri, 1982 hingga 2002.

Logiknya kerana Mahathir lama berkhidmat sebagai perdana menteri berbanding dengan Abdullah Ahmad Badawi lebih kurang empat atau lima tahun dan Najib baru empat tahun tentu era beliau lebih banyak kejadian korupsi berbanding dengan zaman Abdullah dan Najib.

Di zaman Abdullah juga berlaku pindaan akta BPR menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dimana suruhjaya itu diwujudkan untuk memberi kesan pencegahan lebih efektif lagi.

Najib baru menjadi perdana menteri empat tahun, logiknya tentulah kes-kes rasuah di zaman Najib berkurangan berbanding dengan Mahathir. 
 
Apakah Mahathir membuat perbandingan itu dari jumlah nilai korupsi seperti mana didedahkan pembangkang mengenai pembelian peralatan senjata (kapal selam, kereta kebal dan sebagainya) untuk negara dan sebagainya?

Dakwaan Mahathir itu harus dikemukakan bukti dan juga data-data yang jelas bagi menyakinkan orang ramai dan bukan berilusi semata-mata. 
 
Mengenai kelicinan undang-undang berkenaan dizamannya ia boleh dipertikaikan, begitu juga dengan hukuman. 
 
Ada beberapa kes yang sudah menjadi lagenda seperti kes membabitkan Rafidah Aziz, mendiang Eric Chia Perwaja atau pun kes membabitkan Rahim Noor dan peguam negara Ghani Petail yang masih diperkatakan sampai sekarang ini.

Apakah Mahathir lupa kejadian atau kegiatan mega itu semuanya berlaku pada zamannya?

Mahathir membuat dakwaan demikian sebagai mengulas mengenai laporan indeks persepsi korupsi dunia yang akan dikeluarkan esok. Mahathir tentulah dituntut bukan bercakap sesedap mulut sahaja tetapi hendaklah memberi bukti dan dalil-dalilnya. [wm.kl.6:51 02/12/13]


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.