Followers

Thursday, December 5, 2013

Indeks Persepsi Rasuah masih buruk walaupun peruntukan berjuta juta ringgit!!!

 



SHAHIDAN KATA RAKYAT YANG MAHU MENYATAKAN PANDANGAN PERLULAH BERFAKTA.. 
 
ADMIN BERI FAKTA NYA NI AMEK!!!

Indeks Persepsi Rasuah masih buruk walaupun peruntukan berjuta juta ringgit!!!


Putrajaya dikecam ekoran kegagalan dalam usaha membanteras rasuah walaupun berjuta wang dihabiskan, kata Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming selepas laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dikeluarkan semalam.

Beliau berkata, peningkatan kecil dalam laporan CPI yang diumumkan oleh Transparency International adalah suatu yang tidak boleh diterima sama sekali."Peningkatan yang marginal ini sama sekali tidak boleh diterima ketika banyak duit dibelanjakan untuk memperbaiki ketelusan dan mengurangkan rasuah," katanya.

Peruntukan pengurusan untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2013 adalah sebanyak RRM252 juta manakala Jabatan Audit Negara pula RM14 juta. Malah, peruntukan tambahan berjumlah jutaan ringgit juga disalurkan ke makmal Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 selain iklan-iklan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).


"Pencapaian ini sukar untuk dibanggakan."Malaysia masih lagi ketinggalan jauh di belakang negara jiran Asia dan Timur Tengah termasuk Singapura (5), Hong Kong (15), Jepun (18), Emiriyah Arab Bersatu (26), Qatar (28), Bhutan (31), Taiwan (36), Brunei (38) dan Korea Selatan (46)," katanya. Dr Ong berkata, berdasarkan keputusan skor yang dibentangkan semalam, menunjukkan mata yang dikutip Malaysia dalam 9 skop tinjauan adalah hampir sama dengan laporan tahun lalu.

"Skor yang kita peroleh adalah hampir sama dengan tahun lalu, apakah peningkatannya,” katanya. Sikap pemimpin pentadbiran Barisan Nasional (BN) terhadap keseriusan untuk membanteras rasuah juga dipertikai, malah tiada seorang pun ahli Parlimen kerajaan yang hadir semasa taklimat oleh Ketua Audit, Tan Sri Ambrin Buang bersama Pesuruhajaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim."Wakil kerajaan yang hadir hanya Datuk Paul Low, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

"Tiada seorang pun wakil MP BN yang datang," katanya. Bagi tahun 2014, peruntukan kepada SPRM ditingkatkan kepada RM298 juta dan Jabatan Audit Negara juga naik kepada RM169 juta, menjadikan jumlah keseluruhan RM467 juta untuk kedua-dua agensi tersebut.
 
Semalam, Transparency International mengeluarkan laporan kedudukan Malaysia dalam CPI 2013, menyaksikan naik satu anak tangga daripada kedudukan 54 ke 53 berbanding 2012.

Bagaimanapun, Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar, berkata prestasi tersebut masih perlu diperbaiki dan kerajaan harus lebih tegas dalam menangani isu melibatkan rasuah di dalam negara. 
 
TI-M juga mengesyorkan beberapa cadangan agar pindaan dibuat khususnya Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 23 dan 36 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di samping menambahbaik agensi penguatkuasa tersebut. 
 
Selain itu, TI-M juga menggesa agar SPRM diberikan autonomi yang lebih untuk melakukan pendakwaan dan menangani isu berkaitan rasuah di dalam negara. - 4 Disember 2013. [TMI]
 
ulasan admin :

SELAGI SPRM DUDUK DIBAWAH KUASA KERAJAAN UMNO/BN, JANGAN MIMPI NEGARA AKAN MENCAPAI NEGARA TERBAIK MEMERANGI RASUAH.

PERUNTUKAN UNTUK MEMERANGI RASUAH HANYA UNTUK SYARAT SEBUAH NEGARA DEMOCRAZY CAP KERIS TELANJANG UMNO JEK! HASILNYA KITA SENDIRI SUDAH LIHAT BERJAYA ATAU TIDAK.

ANAK IKAN DIDAKWA, BAPAK IKAN TIDAK DIDAKWA, BAGAIMANA NEGARA NAK MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM MEMERANGI RASUAH?

SAMPAI KIAMAT TIDAK AKAN BERUBAH SELAGI SPRM TIDAK DIBERI KUASA VETO UNTUK MENJALANKAN KERJA MEMERANGI RASUAH!


-admin power-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.