Di dunia
ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah,
adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.
Rasulullah
Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu
harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang
apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia
patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta
suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)
Kalau
dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian
bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang
terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.
Jika
diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada
suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.
Sentiasa
memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan
agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila
suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta
suaminya.
Bila
seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang
buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi
seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian
menceritakannya.
Jika
engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan
akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila
tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .
Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.
1. Tidak
punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang
ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.
2.
Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri,
dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya
kotor dan tidak menyenangkan.
3.
Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar
kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai
ALLAH.
4. Innah
(berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan
hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan
menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.
5.
Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka
berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan
dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya.
Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan
anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong
suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan
ALLAH.
6.
Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang
suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa
peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan
mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak
yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang
dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.
7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .
Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.