Followers

Saturday, November 2, 2013

[VIDEO] UMNO BN Ketagih Tabur Projek Air Liur





Pas Kedah mendakwa kerajaan BN hanya bermain dengan ‘projek air liur’ sepanjang tempoh kempen PRK Dun Sungai Limau berlangsung.

Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar berkata, hasil pemerhatian yang dijalankan, pihaknya mendapati BN terus menjadi penagih kepada projek pengumuman pada setiap kali berlakunya pilihan raya.

Beliau berkata, bahkan perkara seperti juga itu sudah menjadi budaya harian BN yang tidak boleh ditinggalkan.

“Pada setiap kali pilihan raya, maka salah satu projek mereka ialah projek pengumuman. Ini yang telah pun dapat dilihat dengan bermula dari pilihan raya umum, pilihan raya kecil dan sebagainya. Sehingga lahirlah perkataan ‘you help me, I help you’.

“Cuma sekarang ini dia tidak datang menyebut perkara tersebut. Tetapi dalam kempen-kempen yang dijalankan, maka itulah yang diharapkan kononnya kerajaan telah mengumumkan banyak projek dalam satu-satu pilihan raya,” katanya pada sidang media di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini.

Namun begitu ujar Mahfuz, hasil pemerhatian pihaknya mendapati BN tidak komited menunaikan janji sepertimana di Dun Kuala Besut, yang sebelum ini dijanjikan dengan 10 projek baru.

“Kini hanya selang beberapa bulan selepas PRK Dun Kuala Besut, sekali lagi program projek pengumuman itu dapat dilihat dalam Dun Sungai Limau. Cuma nilainya itu lebih kecil daripada nilai yang diumumkan di Kuala Besut iaitu RM15.15 juta.

“Saya lihat kerajaan masih lagi bermain dengan ‘projek air liur’. Mereka cakap saja, tapi tidak dilaksana sehingga sekarang. Apa pun, saya nak sebut di sini ialah projek di Dun Sungai Limau ini nampak begitu kecil peruntukan yang diberi berbanding dengan pemberian di Dun Kuala Besut.

“Saya pun tidak tahu kenapa, sedangkan mereka kata nampak ketinggalan di Dun Sungai Limau. Sepatutnya, kalau ketinggalan, takkanlah nilainya RM15.15 juta, berbanding dengan Kuala Besut RM377 juta. Maknanya di Kuala Besut adalah ketinggalan pada sebelum itu lagi di bawah BN,” katanya. -SH



BN belanja RM15.15 juta di Sungai Limau, kata PAS


PAS hari ini mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) berbelanja sebanyak RM15.15 juta sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata jumlah keseluruhan perbelanjaan tersebut diperoleh menerusi pengumuman projek dan bantuan oleh pemimpin BN di Sungai Limau.

"Mereka (BN) menabur pelbagai janji dan menurunkan bantuan secara segera dalam tempoh berkempen. Pemimpin Umno-BN tanpa segan silu melakukannya dan langsung tidak mengendahkan Akta Kesalahan Pilihan Raya (1954).

"Apabila dikira semua ini, ia berjumlah RM15.15 juta," katanya pada sidang media di bilik operasi induk PAS, Sungai Limau pagi ini.

Perbelanjaan tersebut antaranya ialah peruntukan RM5.5 juta kepada sekolah menengah agama, RM1.2 juta kepada 12 sekolah lain, program Bantuan Azam Tani Mara sebanyak RM802,700, bantuan zakat Agrobank sebanyak RM19,700, pinjaman Tekun sebanyak RM30,000, peruntukan masjid Simpang Empat sebanyak RM300,000, sumbangan kepada guru KAFA dan 33 masjid lain sebanyak RM118,000, bantuan baiki rumah sebanyak RM1 juta, pemberian cermin mata sebanyak RM1.18 juta, peruntukan jeti perikanan sebanyak RM500,000, peruntukan tukun tiruan sebanyak RM2.5 juta dan RM2 juta untuk peruntukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Mahfuz mendakwa, sumbangan dalam bentuk anak pokok, baja, anak ayam, buku agama, set pembesar suara, minyak masak dan sabun mandi juga diberikan kepada penduduk kampung sekitar Sungai Limau.

"Kami lihat BN ini seperti ketagihan dan hanya tahu umum projek saja.

"Ini sudah jadi budaya harian yang tidak dapat ditinggalkan, seperti sudah jadi tradisi mereka (BN)," katanya.

Mahfuz berkata, pemimpin BN melakukan perkara yang sama ketika berkempen di Kuala Besut.

"Sekali lagi, kita lihat pengumuman program projek dalam PRK Sungai Limau.

"Saya juga ada menerima aduan daripada penduduk Kuala Besut yang setakat ini tidak melihat sebarang projek berjalan d isana seperti yang diumumkan oleh pemimpin BN. Sebab itulah saya kata BN ini hanya tahu umum saja," katanya.

Beliau berkata, pada PRK Kuala Besut lalu, BN menghabiskan sekurang-kurangnya RM337 juta untuk berkempen, manakala jumlah yang dihabiskan pada kempen kali ini lebih kecil.

"Projek mereka ini adalah 'projek air liur',” katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau berharap pengundi Sungai Limau dapat membuat pertimbangan dengan baik dan tidak termakan dengan janji manis pembangunan yang dijaja oleh BN pada PRK kali ini. - -TMI

Kelab Greenboc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.