Bagi rakyat, sekarang majoriti dah berpelajaran dan dunia 'di hujung jari' ajer!
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan wujudnya penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Mei lalu dengan berkata, dakwaan Barisan Nasional (BN) membawa 40,000 warga Bangladesh ke Malaysia untuk mengundi adalah tidak benar.
"Secara keseluruhannya dakwaan itu tidak berasas sama sekali.
"Sebagai contoh, mereka mendakwa kami membawa 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi pada pilihan raya umum yang lalu.
Dan sejak PRU-13 mereka
tidak boleh menyediakan bukti mengenainya," katanya dalam satu temubual
bersama Christiane Amanpour dari CNN pada Jumaat.
Najib menegaskan beliau mempunyai rekod positif dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), iaitu penahanan tanpa bicara.
Najib menegaskan beliau mempunyai rekod positif dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), iaitu penahanan tanpa bicara.
Katanya, beliau cuba untuk mencapai matlamat jangka panjangnya dan wawasan untuk negara tetapi dalam mencapai kestabilan, 'majoriti rakyat tidak harus dipinggirkan'.
"Kami memenuhinya juga, dengan cara yang sangat inklusif, bagi minoriti kecil. Kami tidak rasis sama sekali," katanya.
Posted by mountdweller
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.