JINGGA 13 MENDESAK BUKIT AMAN CAMPURTANGAN DEMI KESELAMATAN PENDUDUK KAMPUNG HAKKA, MANTIN.
Jingga 13 mendesak PDRM untuk menyiasat dengan seadil adilnya berkaitan kejadian tembakan di hadapan pejabat pemaju Mega 9 antara jam12 hingga 12.30 tengah malam kelmarin dimana Jurucakap Pemaju mengaitkan insiden tersebut dengan pihak penduduk Kampung Hakka, Mantin, Negeri Sembilan. Jingga 13 amat terkejut dengan kenyataan rambang yang disiarkan di NST 27 November lalu sedangkan siasatan polis masih dijalankan dan pihak pemaju tidak sepatutnya membuat kenyataan menuduh pihak yang lain dengan sesuka hati.
Jingga 13 mempersoalkan mengapakah kenyataan tersebut boleh dikeluarkan dimana ianya dilihat bersifat satu tuduhan fitnah dan mesti disiasat. Jingga 13 mendapati adalah mustahil dan tidak masuk akal tembakan boleh dilepaskan secara terbuka sedangkan waktu itu masih awal dan terdapat ramai orang di sekitar kawasan terbabit yang menjalankan aktviti aktiviti masing masing.
Malah beberapa peniaga di
lot lot perniagaan sekitar masih lagi beroperasi dan masih lagi
mempunyai pelanggan. Jingga 13 mempertikai tindakan jurucakap tersebut
kerana bedasarkan maklumat, ada wujudnya rakaman CCTV dan telah
diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.
Maka adalah tidak adil
untuk membuat kenyataan tuduhan rambang yang boleh menyebabkan kemarahan
dan salahsangka orang ramai khususnya masyarakat yang tinggal sekitar
Pekan Mantin.
Dimaklumkan setakat ini, masih belum dikenal pasti berapa
banyak tembakan dilepaskan tetapi berdasarkan siasatan awal polis
mendapati sekurang-kurangnya lima peluru ditemui di tempat kejadian.
Untuk makluman, setakat ini pihak penduduk Kampung Hakka mempunyai satu Stay Order dari Mahkamah Rayuan dimana pihak pemaju tidak boleh merobohkan mana mana rumah sehingga kes didengar di Mahkamah Rayuan. Jingga 13 berpendapat bahawa insiden tembakan itu seolah olah satu tindakan sabotaj rundingan antara pihak pemaju Mega 9 dengan Jawatankuasa Penduduk Kampung Hakka.

Jingga 13 juga melihat insiden ini
sebagai langkah untuk mengurangkan sokongan rakyat kepada penduduk
Kampung Hakka dan usaha untuk mengusir penduduk asal keluar dari Kampung
Hakka. Oleh itu, Jingga 13 bersama Jawatankuasa Penduduk Kampung Hakka
dan NGO NGO yang terlibat mendesak pihak PDRM untuk membuat rondaan
keselamatan sekitar Kampung Hakka demi menjamin keselamatan dan
kepentingan keluarga penduduk.
Jingga 13 mendesak Bukit Aman untuk masuk campur dalam insiden ini kerana kes ini melibatkan penggunaan senjata api dan disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Satu pasukan khas harus dibentuk
dan menyiasat segala aduan yang pernah dibuat oleh penduduk kampong
tersebut.
Ini kerana sebelum ini hak mereka dipandang remeh dan
ditindas tetapi pihak IPD Nilai bertindak untuk memihak kepada pihak
pemaju dan melakukan tindakan yang mencemarkan institusi polis.
Siasatan
yang neutral dan professional serta telus dari pihak Bukit Amana amat
dialu alukan demi kepercayaan dan integriti PDRM tidak dipandang hina
oleh masyarakat khususnya penduduk Kampung Hakka dan orang ramai sekitar
kawasan Mantin, Negeri Sembilan.
Jingga 13 berharap dan percaya satu siasatan yang telus dan adil akan membawa kepada satu penyelesaian antara Pemaju Mega 9 dengan Penduduk Kampung Hakka yang telah dinafikan hak dan ditindas selama ini.

Banyak kenyataan akhbar
perdana menyiarkan fakta yang salah dan dilihat tidak peka dan hanya
menyiarkan kenyataan yang dikeluarkan Pemaju dan pihak tertentu tanpa
merujuk fakta apa yang sebenarnya telah berlaku.
Lagipun bukankah
menjadi tanggungjawab pihak polis untuk memastikan keadilan, keselamatan
dan keselesaan orang ramai terjamin?
Orenji Ren Oren
Orenji Ren Oren
Koordinator Penerangan Jingga 13 Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.