KOTA KINABALU: Dua
nama yang kerap disebut-sebut sebagai trojan horse Umno dalam PKR ialah
timbalan ketua penerangan PKR dan anggota MPN, Musli Oli dan ADUN
Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.
Sumber
dalaman PKR memberitahu FMT, dua individu tersebut masih mempunyai
hubungan rapat dengan pemimpin Umno.
Musli dikatakan kerap berhubung
dengan Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan
menyampaikan maklumat kepada Umno setiap kali menghadiri mesyuarat MPN
yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau juga mempunyai hubungan
rapat dengan Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said.
Musli
juga dikatakan mendapat dana khas daripada Menteri Pembangunan Luar
Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal dalam bentuk pemberian projek bernilai
lebih 20 juta sebelum menyertai PKR.
Dengan wang tersebut dia berjaya
mempengaruhi Pengerusi PKR Sabah untuk melantiknya sebagai angota MPN
Sabah.
Namun
yang ketara menonjol peranannya ialah Jelani Hamdan. Jelani berjaya
meyakinkan Anwar Ibrahim untuk dipilih sebagai calun di DUN Matunggong
walaupun PKR negeri pada awal-awal lagi menolak cadangan itu.
Kemenangan
Jelani adalah kemenangan Umno di Matunggong! Begitulah tanggapan umum
di Kota Marudu. Semasa berkempen, Jelani dikatakan secara sulit
memberitahu ahli-ahli Umno bahawa kerusi Matunggong akan dihadiahkan
kepada Umno jika dia menang.
Rata-rata
di Sabah berpendapat, kehancuran PKR Sabah berpunca daripada dua trojan
horse yang ditaja Umno.
Sejak dari awal telah diramal mereka akan
mempengaruhi pemimpin-pemimpin PKR untuk meninggalkan parti itu.
Terbukti ia telah mula berjaya bila Jelani membawa 11 orang ketua cabang
keluar untuk memberi sokongan kepada BN.
Persoalan mereka, kenapa Musli masih belum mendedahkan diri? Apakah beliau masih memainkan peranannya?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.