Followers

Thursday, November 28, 2013

INFO KESIHATAN : Untuk Perempuan Saja: Jangan Terlalu Lama Pakai Bra, Ini Alasannya

 Penyelidikan mendedahkan bahawa memakai bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu di sekitar payudara yang boleh mencetuskan timbulnya kanser payudara .


Adalah saintis dari Sydney-Australia, bernama Soma Grismaijer yang melakukan penelitian mengenai berapa lama waktu yang sihat mengenakan bra bagi wanita. 
 
Grismaijer mengatakan bahawa masa yang sesuai untuk mengenakan bra adalah kurang dari 12 jam. Ia menyarankan kepada wanita di seluruh dunia, jika ingin mengelakkan risiko kanser payudara sebaiknya tidak terlalu sering mengenakan bra. 
 
Berapa lama? iaitu kurang dari 12 jam sehari.

Kesimpulan ini didapati setelah Grismaijer meneliti kebiasaan memakai bra 4,500 wanita di lima bandar besar Amerika Syarikat. 
 
Hasil kajian yang dilakukan Grismaijer menunjukkan bahawa wanita yang memakai bra selama 24 jam sehari lebih berisiko diserang kanser payudara berbanding wanita yang jarang memakai bra. 
 
Dalam kajian tersebut, Grismaijer juga mendapatkan sebuah statistik singkat tentang berapa lama wanita memakai bra dalam sehari, iaitu:

3 dari 4 wanita memakai bra 24 jam per hari

1 dari 7 wanita memakai bra lebih dari 12 jam per hari , tetapi tidak menggunakannya ketika tidur

1 dari 152 wanita memakai bra kurang dari 12 jam per hari

1 dari 168 wanita jarang atau bahkan yang tidak pernah memakai bra sama sekali

Lebih jauh, dari hasil statistik tersebut didapatkan kesimpulan bahawa wanita yang memakai bra selama 24 jam berisiko 125 kali lebih besar terkenan kanser payudara berbanding mereka yang jarang memakai bra. 
 
Hasil kajian Grismaijer ini telah dimuatkan dalam sebuah buku berjudul, Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras. 
 
"Tidur adalah saat yang tepat untuk merehatkan payudara. Sebaiknya jangan tidur dengan bra," ungkap Grismaijer seperti dilapor laman duniafitnes.

Selain tidur tanpa bra, rajin menyusui sang buah hati juga boleh menurunkan risiko kanser payudara. Ini berlaku kerana sistem limfatik pada payudara hanya berkembang optimum selama masa kehamilan dan menyusui. 
 
Itulah sebabnya wanita yang terlalu lama memakai bra dan menunda untuk punya anak berisiko lebih tinggi terkena kanser payudara.

Secara global, lebih dari 70 peratus wanita yang terkena kanser payudara pada dasarnya tidak mempunyai risiko kanser payudara. 
 
Namun penyelidik menduga bahawa kebiasaan memakai bra dengan saiz yang tidak sesuai dan dalam waktu lama boleh meningkatkan risiko kanser payudara.

Bra yang terlalu sempit boleh meningkatkan suhu dan menghalang aliran getah bening di kawasan payudara. 
 
Seperti kita tahu bahawa getah bening berfungsi untuk membersihkan sisa dan racun penyebab kanser serta menjauhkannya dari payudara.
 
 
Kerengga
-republika.co.id-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.