Followers

Saturday, October 12, 2013

Zahid Hamidi Perlu Digantung Tugas, Disiasat Ikut Kanun Keseksaan


Naib Presiden PKR, N Surendran mendakwa pengakuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi kebenaran kepada pihak polis melepaskan tembakan terlebih dahulu kepada penjenayah hanya menggalakkan polis terlibat dalam jenayah.

Beliau berkata, kenyataan Ahmad Zahid dalam satu temubual televisyen semalam membuktikan beliau mengaku lima mereka yang ditembak polis di Pulau Pinang pada Ogos lalu adalah satu perbuatan sengaja dan tidak memberikan amaran.

“Semasa ditemubual, Ahmad Zahid berkata polis percaya bahawa lima lelaki yang ditembak itu mempunyai senjata lalu bertindak menembak mati suspek. Tindakan polis itu adalah satu pembunuhan kejam dan dirancang.

“Polis hanya boleh melepaskan tembakan jika nyawa mereka atau orang ramai terancam. Kenyataan Menteri Dalam Negeri berbeza dengan apa disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar iaitu polis menerima tembakan terlebih dahulu lalu menembak mati kelima-lima suspek.

“Siapakah yang bercakap benar? Nampaknya pihak berkuasa terperangkap dengan penipuan dan kenyataan mereka yang bercanggah. Ahmad Zahid, Khalid dan kerajaan menjadikan nyawa dalam negara ini terlalu murah dan menggalakkan perlakuan jenayah di kalangan anggota polis,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahli Parlimen Padang Serai itu berkata, pihaknya menggesa siasatan dijalankan terhadap Ahmad Zahid dan Khalid kerana menyembunyikan kebenaran tentang pembunuhan tersebut.

Katanya, siasatan mesti dilakukan di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun selain boleh disiasat di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat melakukan pembunuhan.
“Kes tembakan lima pemuda di Pulau Pinang mesti diklasifikasikan sebagai pembunuhan dan kes harus dibuka semula.

“Dengan pengakuan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menggantung tugas Ahmad Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri supaya siasatan segera dapat dijalankan,” katanya.

Semasa diwawancara semalam, Ahmad Zahid mempertahankan tindakan tegasnya sebagai Menteri Dalam Negeri walaupun menerima kritikan daripada pelbagai pihak termasuk ahli politik pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, masalah jenayah perlu ditangani kerana kejadian tembakan berlaku setiap hari dan pembunuhan hampir setiap minggu.

Katanya, jika tidak ditangani segera, bukan orang ramai sahaja yang akan mempersoalkan kredibilitinya, malah ketika di Padang Mahsyar, Allah akan mempersoalkan tanggungjawabnya.

Ahmad Zahid berkata, tindakan tegas beliau adalah untuk menjaga majoriti hak asasi rakyat Malaysia termasuk menjaga keselamatan nyawa polis dan pihak yang menjadi mangsa bunuh, rompak dan ragut. -TMI


‘Shoot-first policy equals murder’

The police’s “shoot first” policy could create the perception among the public that the police are a trigger-happy lot, PKR vice president N Surendran said here today.

He said this commenting on Home Minister Zahid Hamidi’s statement, in an interview recently, that the police shot and killed the five in an apartment in Penang two months ago because the suspects were armed and considered dangerous.

The five — J Gobinath, R Ramesh, N Rakan, M Suresh and M Gobinath — were killed on the spot. Families of the five have since said that they were asleep when the police barged into the apartment unit in the wee hours of the morning and shot them dead..

Surendran opined that the police could have shot them in the leg instead of shooting them dead.

The lawyer turned politician also wanted clarification as Zahid’s version of the events contradicted Inspector General of Police Khalid Abu Bakar’s claim that the cops were shot at and returned fire killing the five suspects.

“Which version is true. It appears that the authorities are now caught in the web of their own lies and contradictions.” said Surendran.

He demanded an explanation from Zahid, the IGP and the government on the chain of events.

Surendran said in light of Zahid’s latest comments, both Zahid and the IGP must be investigated for ‘hiding the truth about the murders.’ -FMT


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.