Followers

Monday, October 14, 2013

Wanita Umno tidak mampu BERUBAH - Rodziah Ismail Oleh YB Rodziah Ismail


Photo: Ahad, 13 Oktober 2013.

Wanita Umno tidak mampu BERUBAH - Rodziah Ismail
Oleh YB Rodziah Ismail
 

Keputusan yang berulang dalam pemilihan parti Umno di mana Shahrizat Abd Jalil kekal menjadi Ketua Wanita Umno adalah bukti jelas bahawa Wanita Umno terus-menerus dalam state of denial – dalam keadaan menafikan apa yang dikehendaki oleh rakyat supaya parti yang memerintah Malaysia itu melakukan perubahan yang berani, menggantikan kepimpinan yang terpalit dengan korupsi dan nepotisme.

Wanita Umno adalah parti yang berpegang pada pemikiran lama dan jumud yang hanya bernilai dalam agenda tanpa perubahan, dengan para pemimpin yang ingin kekal berkuasa dulu, kini dan selamanya untuk menentukan perolehan habuan seperti NFC dan Awan Megah.

Dengan keputusan pemilihan hari ini, Wanita Umno yang tinggal sekelumit saja harapan, telah terkubur sama sekali dari menjadi sebuah entiti yang boleh dirujuki dan diharapkan untuk menjadikan kenyataan agenda perubahan yang hakiki ke arah mencapai idealisme politik nilai yang menghasilkan keselamatan, keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat jelata khususnya wanita.

Wanita Umno tidak boleh berubah.

Rodziah Ismail

Merangkap ADUN Batu Tiga

Timbalan Ketua Wanita

Parti Keadilan Rakyat

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.comKeputusan yang berulang dalam pemilihan parti Umno di mana Shahrizat Abd Jalil kekal menjadi Ketua Wanita Umno adalah bukti jelas bahawa Wanita Umno terus-menerus dalam state of denial – dalam keadaan menafikan apa yang dikehendaki oleh rakyat supaya parti yang memerintah Malaysia itu melakukan perubahan yang berani, menggantikan kepimpinan yang terpalit dengan korupsi dan nepotisme.

Wanita Umno adalah parti yang berpegang pada pemikiran lama dan jumud yang hanya bernilai dalam agenda tanpa perubahan, dengan para pemimpin yang ingin kekal berkuasa dulu, kini dan selamanya untuk menentukan perolehan habuan seperti NFC dan Awan Megah.

Dengan keputusan pemilihan hari ini, Wanita Umno yang tinggal sekelumit saja harapan, telah terkubur sama sekali dari menjadi sebuah entiti yang boleh dirujuki dan diharapkan untuk menjadikan kenyataan agenda perubahan yang hakiki ke arah mencapai idealisme politik nilai yang menghasilkan keselamatan, keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat jelata khususnya wanita.

Wanita Umno tidak boleh berubah.

YB Rodziah Ismail

Merangkap ADUN Batu Tiga
Timbalan Ketua Wanita
Parti Keadilan Rakyat

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.