Followers

Monday, October 14, 2013

Tiada kompromi terhadap pegawai yang buat kenyataan perkauman, kata Khalid

 
 
Polis tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pegawai dan anggota pasukan itu yang mengeluarkan kenyataan atau ucapan berbentuk perkauman, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar).

Tindakan tegas akan dikenakan terdapat pegawai atau anggota yang melakukan kesalahan sedemikian yang boleh menjejaskan imej pasukan keselamatan itu.

Semua pegawai dan anggota polis diingat supaya sentiasa menjaga tata tertib dan tidak melakukan kesalahan sedemikian, katanya.

Jumaat lepas, dua pegawai polis kontinjen Pulau Pinang ditahan kerja ekoran mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan perkauman menerusi aplikasi WhatsApp kumpulan Ops Cantas.

"Saya telah mengarahkan kedua-dua pegawai ditahan kerja dengan serta merta. Siasatan akan dijalankan dan kami akan tengok apa tindakan yang patut diambil selepas itu," kata Khalid merujuk kepada kes dua pegawai di Pulau Pinang itu.

Mengenai Ops Cantas, Khalid berkata operasi itu akan memasuki fasa seterusnya selepas Akta Pencegahan Jenayah (PCA) diwartakan.

"Tindakan kami seterusnya adalah selepas undang-undang PCA ini diwartakan," katanya. – Bernama, 14 Oktober, 2013.


The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.