Followers

Thursday, October 10, 2013

Shahrizat yakin kalahkan Maznah, Raihan ! by admin

Photo: Shahrizat yakin kalahkan Maznah, Raihan !

by admin

KUALA LUMPUR : Penyandang ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yakin dapat mengekalkan jawatannya dalam pemilihan lusa. Menurut beliau, sambutan yang diberikan kepada beliau amat memberansangkan.

“Saya sudah turun ke akar umbi sejak memenangi jawatan ketua Wanita empat tahun lalu bermula dengan pilihanraya kecil Bukit Gantang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco pergerakan Wanita di PWTC petang ini.

Justru itu, katanya, beliau yakin dapat mengalahkan dua calon lain iaitu Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman Palestine.

Namun beliau menyerahkan nasibnya kepada 110,765 orang perwakilan wanita dari 19,663 cawangan di seluruh negara.

Katanya lagi, sepanjang empat tahun memimpin pergerakan tersebut,  telah menghadapi 16 pilihan raya kecil yang mana jentera Wanita adalah penggerak utama kepada kemenangan BN dalam  pilihanraya kecil tersebut.

Beliau berkata jika beliau menang beliau akan bawa pergerakan itu ke tahap yang lebih gemilang.

“Dahulu Wanita adalah sampingan sahaja. Kini Wanita sudah masuk dalam arus perdana dan wanita tidak mahu jadi sayap lagi tapi jadi tulang belakang Umno,” kata Shahrizat.


KL TODAY.COM KUALA LUMPUR : Penyandang ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yakin dapat mengekalkan jawatannya dalam pemilihan lusa. Menurut beliau, sambutan yang diberikan kepada beliau amat memberansangkan.

“Saya sudah turun ke akar umbi sejak memenangi jawatan ketua Wanita empat tahun lalu bermula dengan pilihanraya kecil Bukit Gantang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco pergerakan Wanita di PWTC petang ini.

Justru itu, katanya, beliau yakin dapat mengalahkan dua calon lain iaitu Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman Palestine.

Namun beliau menyerahkan nasibnya kepada 110,765 orang perwakilan wanita dari 19,663 cawangan di seluruh negara.

Katanya lagi, sepanjang empat tahun memimpin pergerakan tersebut, telah menghadapi 16 pilihan raya kecil yang mana jentera Wanita adalah penggerak utama kepada kemenangan BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Beliau berkata jika beliau menang beliau akan bawa pergerakan itu ke tahap yang lebih gemilang.

“Dahulu Wanita adalah sampingan sahaja. Kini Wanita sudah masuk dalam arus perdana dan wanita tidak mahu jadi sayap lagi tapi jadi tulang belakang Umno,” kata Shahrizat.


KL TODAY.COM
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.