Sehari selepas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
mengakui pihak kementeriannya membayar RM1.6 juta untuk membawa tiga
kumpulan K-Pop ke Malaysia untuk mengadakan konsert, penyandang jawatan
itu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) menegaskan wang itu datang
daripada para penaja.
Menurut Menteri Komunikasi dan Penerangan itu, kementerian menerima RM20
juta daripada penaja korporat dalam dan luar negera untuk sambutan itu.
Beliau berkata, wang tajaan berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun
Majlis Sukan Negara oleh para penaja di mana ia tidak diambil kira oleh
pihak Jabatan Audit Negara.
"Juruaudit hanya melihat jumlah yang keluar daripada akaun kementerian,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook sambil mendakwa jabatan itu
bersikap ‘culas’."Ia bukan wang pembayar cukai yang disia-siakan seperti
dakwaan pihak pembangkang yang merujuk kepada ringkasan yang
terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara .
"Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan Selasa lalu
mendedahkan sebanyak RM1.6 juta dibelanjakan untuk membawa masuk tiga
kumpulan pop dari Korea Selatan untuk mengadakan persembahan di konsert
itu datangnya daripada duit kerajaan.
Semalam, Khairy mengakui kementerian itu terpaksa membayar untuk konsert
K-pop yang diadakan sepanjang sambutan Hari Belia Sedunia tahun lalu
selepas para penaja menarik diri.
"Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta telah dibuat
pada masa itu, terdapat tawaran daripada mereka untuk membayar untuk
konsert itu," Khairy menjelaskan hal itu di laman Facebook rasminya
semalam.
Beliau berkata selepas pelan penajaan itu gagal, pihak kementerian
terpaksa mengambil alih.Khairy juga mendedahkan bahawa kementerian telah
membatalkan konsert K-pop bagi sambutan Hari Belia 2013. ~the malaysian
insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.