Perbandingan Dua Zaman:
Seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negaranya harus memikirkan dan
membuat justifikasi terbaik demi masa depan generasinya.
Renung dan
amati cara pentadbiran antara zaman Anwar Ibrahim dan zaman Najib Razak
menjadi menteri kewangan.
Anwar Ibrahim jelas terbukti telah
menyumbangkan kemakmuran kepada rakyat dan negara, manakala Najib Razak ternyata telah membawa malapetaka kepada rakyat dan negara.
PETALING JAYA 12 OKTOBER: Malaysia dilaporkan menikmati belanjawan
lebihan (surplus) antara tahun 1993 hingga 1997, iaitu semasa Datuk Seri
Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Kewangan, kata Pengarah Eksekutif Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin.
Beliau berkata, dalam tempoh itu negara berjaya mencatat lebihan RM6.6
bilion, iaitu nilai tertinggi yang pernah dicapai dalam bajet tahunan.
Bagaimanapun katanya, prestasi kewangan negara menjunam ke paras defisit
yang teruk pada tahun 2009 semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak mengambil alih tampuk pemerintahan.
“Defisit paling teruk pernah dicatatkan pada tahun 2009 iaitu
sejumlah RM47.4 bilion manakala dari segi peratusan kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah 9.7 peratus.
“Sejak 2009, kita lihat perbekalan tambahan paling kurang dua kali
setahun hingga menyebabkan perbelanjaan keseluruhan meningkat hampir
RM260 bilion sehingga kini,” katanya,
Azrul Azwar |
Azrul Azwar berkata demikian pada Forum Laporan Audit Negara:
Kepincangan Urustadbir, Ketirisan dan Rasuah di Dewan Sivik Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini malam tadi.
Laporan Audit
yang dibentangkan baru-baru ini menunjukkan beberapa pembaziran dan
ketirisan melampau antaranya, projek menambahbaik Lapangan Terbang
Antarabangsa Kota Kinabalu; projek mewujudkan Malaysian Emergency
Response Services (MERS) 999 oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan; projek pembentungan negara dan kelewatan mengutip cukai
oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Agensi penarafan kredit, Fitch Ratings pada Ogos lalu turut meletakkan
unjuran penarafan kredit Malaysia daripada stabil kepada negatif serta
mempersoalkan langkah kerajaan yang mengabaikan reformasi kewangan
terutamanya selepas berakhir pilihan raya baru-baru ini.
Azrul berkata, hutang negara kini mencecah RM500 bilion dengan peratusan KDNK sebanyak 35 peratus sehingga hujung tahun 2012.
Menurutnya lagi, tiada jaminan daripada Kerajaan Pusat untuk berbelanja
secara berhemah kerana perbekalan tambahan dikeluarkan
sekurang-kurangnya dua kali setahun sejak 2009.
“Kita akan sukar untuk kekalkan hutang negara di bawah 55 peratus pada
setiap masa kerana tiada sebarang reformasi fiskal dilakukan oleh
kerajaan,” katanya lagi.
KERAJAAN RAKYAT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.