Followers

Wednesday, October 9, 2013

Pelik Tapi Benar.. Kaki Dalam Mulut Zahid Hamidi Posted by Addin Deen.


Photo: 09 Oktober, 2013.

Pelik Tapi Benar.. Kaki Dalam Mulut Zahid Hamidi
Posted by Addin Deen.

Selepas pendedahan Malaysiakini berkenaan ucapan berbaur perkauman oleh Menteri KDN, Zahid Hamidi. Pelbagai reaksi diterima ekoran kenyataan kontroversi tersebut, rata-rata tidak berpuas hati apa yang di ucapkan oleh Zahid Hamidi.

Ucapan Zahid Hamidi seolah-olah beliau bukan seorang menteri tetapi sekadar pemimpin parti perkauman Umno. Terbaru, kenyataan Zahid Hamidi di sambut dengan tulisan pedas oleh bekas pengarang akhbar The Sun..

    Diam bukan pilihan, kata editor pada wartawan

    Selepas Ugutan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menutup akhbar yang dibuatnya dalam majlis di Melaka Sabtu lalu turut mendapat perhatian pengamal media tradisional.

    Sehari selepas kumpulan pengarang akhbar Cina menuntut penarikan balik kenyataan, pengarang veteran TheSun R Nadeswaran pula merakam kritikan dalam kolumnya hari ini.

    Dikenali sebagai pengarang yang lantang, Nadeswaran dalam kolumnya "Citizen Nades" berkata, Zahid "tidak banyak menghormati undang-undang" dan "bersikap acuh tidak acuh terhadap akal budi".

    Dalam kolum bertajuk ‘The foot is in the mouth... again', Nadeswaran berkata, berdiam diri bukan lagi pilihan untuk wartawan dan beliau sedar sepenuhnya kesan yang mungkin terjadi hasil penulisannya itu.

    "Saya menulis artikel ini dengan sepenuhnya sedar akibatnya.

    "Saya cukup tahu tentang rakan wartawan yang ditahan untuk perlindungan dirinya sendiri," katanya, merujuk kepada penahanan wartawan Sin Chew Daily pada 2008 bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bawah menteri ketika itu Syed Hamid Syed Albar.

    "Diam bukan lagi pilihan untuk mereka yang mengaku diri sendiri sebagai wartawan. Untuk maruah dan harga diri, kita harus berdiri dan bersuara kepada pihak yang bertindak sewenang-wenangnya terhadap kita," kata Nadeswaran. ~mk


Agak-agaknya apa tindakan bakal di kenakan terhadap bekas pengarang ini, sama-samalah kita saksikan..Selepas pendedahan Malaysiakini berkenaan ucapan berbaur perkauman oleh Menteri KDN, Zahid Hamidi. Pelbagai reaksi diterima ekoran kenyataan kontroversi tersebut, rata-rata tidak berpuas hati apa yang di ucapkan oleh Zahid Hamidi.

Ucapan Zahid Hamidi seolah-olah beliau bukan seorang menteri tetapi sekadar pemimpin parti perkauman Umno. Terbaru, kenyataan Zahid Hamidi di sambut dengan tulisan pedas oleh bekas pengarang akhbar The Sun..

Diam bukan pilihan, kata editor pada wartawan

Selepas Ugutan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menutup akhbar yang dibuatnya dalam majlis di Melaka Sabtu lalu turut mendapat perhatian pengamal media tradisional.

Sehari selepas kumpulan pengarang akhbar Cina menuntut penarikan balik kenyataan, pengarang veteran TheSun R Nadeswaran pula merakam kritikan dalam kolumnya hari ini.

Dikenali sebagai pengarang yang lantang, Nadeswaran dalam kolumnya "Citizen Nades" berkata, Zahid "tidak banyak menghormati undang-undang" dan "bersikap acuh tidak acuh terhadap akal budi".

Dalam kolum bertajuk ‘The foot is in the mouth... again', Nadeswaran berkata, berdiam diri bukan lagi pilihan untuk wartawan dan beliau sedar sepenuhnya kesan yang mungkin terjadi hasil penulisannya itu.

"Saya menulis artikel ini dengan sepenuhnya sedar akibatnya.

"Saya cukup tahu tentang rakan wartawan yang ditahan untuk perlindungan dirinya sendiri," katanya, merujuk kepada penahanan wartawan Sin Chew Daily pada 2008 bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bawah menteri ketika itu Syed Hamid Syed Albar.

"Diam bukan lagi pilihan untuk mereka yang mengaku diri sendiri sebagai wartawan. Untuk maruah dan harga diri, kita harus berdiri dan bersuara kepada pihak yang bertindak sewenang-wenangnya terhadap kita," kata Nadeswaran. ~mk

Agak-agaknya apa tindakan bakal di kenakan terhadap bekas pengarang ini, sama-samalah kita saksikan..
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.