Penyandang
jawatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar)
yang dilihat sebagai calon paling popular untuk mempertahankan jawatan
itu menjelang 19 Oktober ini, mula diserang dengan “kempen hitam” atau
dikenali sebagai “black campaign”.
Sebuah video bertajuk “Jenayah
Zahid Hamidi” dimuatnaik di laman sosial Youtube yang mendakwa bekas
kekasih kepada anak menteri dalam negeri itu, Amir Bazli Abdullah
dicederakan oleh Ahmad Zahid.
“Ini adalah
video klip yang melibatkan jenayah Zahid Hamidi. Sikap menggunakan kuasa
untuk menekan undang-undang tidak melayakkan beliau memimpin Umno,”
tulis sinopsis klip video yang dimuat naik pada 2 Oktober menggunakan
nama akaun ‘azlanshah mohd noor’.
“Jangan sampai Zahid Hamidi
menjadi liabiliti kepada Umno. Kita perlu menjadikan Umno parti yang
dihormati bukan mengambil tindakan sendiri tanpa memperdulikan
undang-undang. Zahid Hamidi hari ini Menteri Dalam Negeri. Adakah ini
tidak memalukan kerajaan. Apakah tidak akan menjadi liabiliti kepada
Umno kelak. Kita fikir sendiri,” katanya.
Dalam klip video sepanjang 47:15
minit itu, Amir Bazli menceritakan kronologi kejadian bermula daripada
mula beliau mengenali anak Zahid sehingga beliau terlantar di hospital
selepas dipukul.
Amir Bazli memfailkan saman pada
Julai 2007 terhadap Ahmad Zahid yang pada ketika itu timbalan menteri
kerana menumbuk mukanya pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country
Heights di Kajang, Selangor.
Beliau mendakwa, Ahmad Zahid
turut mengugut membunuh dan menahannya tanpa kebenaran di kediaman Zahid
di Country Heights dan meminta ganti rugi kerosakan khas, umum dan
teruk.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid
menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Amir Bazli mereka-reka cerita
berkenaan, sebelum memfailkan saman balas terhadap Amir Bazli.
Ahmad Zahid, Datuk Seri
Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal dicabar tiga individu
untuk jawatan naib presiden Umno iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk
Mukhriz Mahathir; bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam
dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad.
Dalam kajian dijalankan Merdeka
Center baru-baru ini, terhadap sentimen kepada pemimpin-pemimpin di
kalangan ahli Umno, Ahmad Zahid adalah salah seorang tokoh popular.
Kaji selidik dijalankan terhadap
600 penyokong parti bagi menilai pemimpin Umno seperti Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin; Ahmad Zahid, Hishammuddin, Mohd Ali, Mohd Isa, Tun Dr Mahathir
Mohamad dan lain-lain.
Dr Mahathir mendapat undian 79%
daripada responden yang mengambil bahagian dalam satu kajian yang
dijalankan melalui telefon bulan lalu.
Najib pula mendapat undian sebanyak 69%, Muhyiddin (54%) dan Ahmad Zahid (58%).
Kajian itu menunjukkan Ahmad Zahid lebih popular daripada Muhyiddin yang merupakan timbalan peresiden Umno.
Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian akan diadakan serentak pada 12 Oktober.
Sementara mesyuarat perwakilan
dan pemilihan peringkat bahagian dan jawatan Majlis Tertinggi pula
dijadual diadakan serentak pada 19 Oktober.
Pembelian kompleks apartmen
mewah Felda bernilai £98 juta (RM497 juta) sedang disiasat oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dijangka menjejaskan
peluang Mohd Isa dalam perebutan jawatan naib presiden Umno.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.